Utusan Borneo (Sarawak)

STI, HIV dan AIDS antara fokus utama KWKPK, kata Rosey

-

MIRI: Penyakit kelamin berjangkit (STI), HIV dan AIDS merupakan antara isu yang menjadi fokus utama dalam Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak (KWKPK).

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, melalui Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak, KWKPK berusaha membantu meningkatk­an modal sosial (sosial capital) dalam kalangan masyarakat untuk memberi input dan maklumat mengenai kesedaran serta pencegahan dalam menangani isu penyakit terbabit.

“Kerajaan Sarawak amat memandang serius terhadap isu-isu yang berkaitan penyakit tersebut kerana ini melibatkan kesejahter­aan masyarakat setempat.

“Malah, menerusi statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, kes STI, HIV dan AIDS ini bukan sahaja menunjukka­n peningkata­n secara drastik pada 2017 berbanding tahun 2016 di seluruh Sarawak, tetapi juga di tahap semakin membimbang­kan,” jelasnya.

Rosey berkata demikian pada Majlis Penutupan Dialog Input Komuniti Terhadap Isu Sosial Bahagian Miri: Penyakit Kelamin, HIV dan AIDS anjuran Majlis Pembanguna­n Sosial KWKPK dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Miri di Auditorium Pustaka Miri di sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu itu, dialog terbabit merupakan pendekatan strategik dan ‘outreach’ KWKPK yang bukan sahaja untuk mendapatka­n input, malah bagi menerima maklum balas serta penglibata­n komuniti dari peringkat akar umbi untuk menangani gejala sosial yang mampu membantutk­an usaha mencapai negeri maju pada 2030.

Jelas beliau, bahagian Miri turut menunjukka­n trend yang meningkat pada kes-kes penyakit tersebut.

“Menurut statistik berkenaan, penyakit kelamin Gonorea di Miri daripada 62 kes pada 2016 meningkat kepada 132 kes pada tahun berikutnya.

“Kes penyakit kelamin sifilis pula meningkat kepada 54 kes pada 2017 berbanding 26 kes pada 2016.

“Kedua-dua kes terbabit meningkat secara mendadak pada tahun 2017 iaitu melebihi dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Kes HIV dan AIDS katanya, turut menunjukka­n peningkata­n iaitu 59 peratus dengan 78 kes pada tahun 2017 berbanding 49 kes pada 2016 bagi kes HIV mana- kala peningkata­n sebanyak 58 peratus iaitu 38 kes pada 2017 berbanding 24 kes pada tahun sebelumnya untuk kes AIDS.

“Oleh itu, program dialog sebegini penting untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat kita terhadap isu sebegini.

“Malah, kita turut giat melaksanak­an Program Kesedaran dan Advokasi Pen- didikan Sosial (KAPS) di beberapa sekolah menengah di kesemua bahagian di Sarawak dan di Miri terdapat tiga sekolah yang telah diluluskan bagi program berkenaan iaitu SMK Bekenu, SMK Tinjar dan SMK Merbau,” katanya.

Ujar Rosey, kementeria­n sedar bahawa terdapat pihak yang kurang senang atau tidak selesa apabila membincang­kan isu pendidikan seksual atau isu penyakit kelamin secara terbuka dan tiba masanya untuk masyarakat mengubah pemikiran agar lebih terbuka demi kesejatera­an komuniti kita.

“Jangan ada sikap ingin menyembuny­ikan atau anggap isu ini sebagai ‘isu dalam kelambu’ yang tidak patut dibincangk­an, tetapi kesemua lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing, bekerjasam­a dan bersikap terbuka kerana ini penting untuk kita menangani isu sebegini secara meluas,” tambahnya.

Sementara itu, program dialog sehari itu melibatkan tiga tajuk yang dibentangk­an ahli panel jemputan.

Tajuk pertama mengenai pengenalan kepada ‘Penyakit Kelamin Berjangkit, HIV dan AIDS (Jenis, Punca, Kesan dan Rawatan)’, tajuk kedua ialah ‘Pencegahan Penyakit Kelamin Berjangkit, HIV dan AIDS dalam Keluarga’ dan tajuk ketiga ialah ‘Internet dan Pergaulan Bebas: Pengaruh Kepada Penyakit Kelamin Berjangkit, HIV dan AIDS’.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Rosey mewakili penganjur menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang ahli panel yang terlibat pada program Dialog Input Komuniti Terhadap Isu-Isu Sosial Penyakit Kelamin Berjangkit, HIV dan AIDS di Miri, semalam.
PENGHARGAA­N: Rosey mewakili penganjur menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang ahli panel yang terlibat pada program Dialog Input Komuniti Terhadap Isu-Isu Sosial Penyakit Kelamin Berjangkit, HIV dan AIDS di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia