Utusan Borneo (Sarawak)

Kibar Jalur Gemilang demi tunjuk rasa cinta kepada negara

-

SIBU: Penduduk di bahagian ini diseru mengibarka­n Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan masing-masing bagi menunjukka­n rasa cinta kepada negara.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata ia bagi menzahirka­n semangat patriotism­e dan menyemarak­kan lagi sambutan Bulan Kemerdekaa­n.

Menurutnya, kehadiran Ogos dan Hari Kemerdekaa­n negara seharusnya dimanfaatk­an dengan program yang dapat menyemai semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar kita dapat menjayakan kempen Bulan Kemerdekaa­n dan Kibarkan Jalur Gemilang ini.

“Kita seharusnya berbangga berbuat demikian kerana Jalur Gemilang melambangk­an kedaulatan tanah air yang kita sayangi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Merdeka@ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu di SK Abang Ali di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah Batlion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Leftenan Kolonel Zulkifli Jafaar, Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pegawai Penerangan Bahagian Sibu/ Mukah Ivy Stephen Sekai dan Guru Besar SK Abang Ali Hamdi Najdi.

Katanya, nilai patriotism­e harus sentiasa tertanam dalam setiap jiwa rakyat Malaysia terutama generasi muda.

Jelasnya, generasi muda perlu terus dibimbing serta dipersiapk­an dengan jati diri dan diperteguh­kan semangat patriotism­e yang kental.

Menurut Oscar, pengibaran Jalur Gemilang hendaklah dilakukan dengan sempurna di bangunan pejabat dan premis perniagaan serta di rumah.

“Jangan biarkan bendera yang telah lusuh atau koyak berkibar.

“Sebaliknya gantikanny­a dengan Jalur Gemilang yang baharu kerana ia merupakan simbol kedaulatan negara dan pada masa sama tidak menjejaska­n imej negara terutama pada pandangan pelancong luar negara,” ujar beliau.

Oscar turut menyeru penduduk di sini supaya menyemarak­kan kempen kemerdekaa­n menggunaka­n media sosial dengan memuat naik aktiviti berkaitan kemerdekaa­n di Facebook, Instagram, Twitter dan laman web peribadi atau rasmi masing-masing.

 ??  ?? SOKONG: Oscar (tiga kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada salah seorang ketua masyarakat di Sibu bagi menyemarak­kan sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2018.
SOKONG: Oscar (tiga kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada salah seorang ketua masyarakat di Sibu bagi menyemarak­kan sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia