Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib terima tiga kunjungan hormat

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima tiga kunjungan hormat di Demak Jaya di sini, semalam.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada ahli jawatankua­sa penganjur Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diketuai Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Taib menghadiri majlis kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Sri Aman pada 8 September ini.

Antara aktiviti yang akan berlangsun­g sempena program tersebut ialah solat fardu Maghrib, bacaan surah Yasin, zikir marhaban dan solat kesyukuran.

Turut hadir pada kunjungan semalam, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Sejurus selepas itu, Tun Taib turut menerima kunjungan hormat daripada Datuk Seri Panglima Lazim Ukin dan kunjungan hormat daripada Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Azman Yusof.

Ini merupakan kunjungan pertama Azman sejak dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 3 September lalu bagi menggantik­an Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim yang memangku jawatan tersebut sejak 19 Julai lalu.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

 ??  ?? ALBUM: Tun Taib merakam kenangan bersama Fatimah, Harden dan Snowdan serta rombobngan lain semasa kunjungan hormat di kediaman rasminya di Demak Jaya, semalam.
ALBUM: Tun Taib merakam kenangan bersama Fatimah, Harden dan Snowdan serta rombobngan lain semasa kunjungan hormat di kediaman rasminya di Demak Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia