Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU keluarkan tender projek Taman Perpaduan untuk fasa pertama pada September ini: Abang Wahap

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) akan mengeluark­an tender projek Taman Perpaduan untuk fasa pertama pada September ini.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, projek itu merupakan usaha DBKU untuk membaik pulih, meningkatk­an kemudahan dan membesarka­n kawasan Taman Reservoir dan Panggung Udara di sini.

Menurutnya, keseluruha­n projek melibatkan tiga fasa dengan kos perbelanja­an sebanyak RM20 juta itu bertujuan mencantikk­an kawasan tersebut sekali gus dapat memberi manfaat kepada warga bandar raya ini.

“Untuk makluman semua, pelan projek fasa pertama ini berjaya kami siapkan dan ia telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak.

“Justeru, kami akan menge- luarkan tender fasa pertama ini pada bulan ini (September) agar kerja pelaksanaa­nnya dapat dimulakan dalam masa terdekat.

“Sementara untuk fasa kedua dan ketiga pula akan kita buat selepas fasa pertama ini dilaksanak­an,” katanya ketika ditemui media semasa Majlis Perhimpuan DBKU di sini, semalam.

Bagi fasa pertama, kata Abang Wahap, ia akan melibatkan banyak kerja pembanguna­n termasuk menaik taraf tasik dalam Taman Reservoir ini.

“Harapan kita dengan adanya usaha sedemikian, kawasan itu akan lebih cantik dan teratur malah dapat menyediaka­n tempat riadah yang lebih se- lesa untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Manakala untuk fasa kedua dan ketiga pula, tambahnya, ia merangkumi kerja membaik pulih bangunan lama serta membina restoran untuk pengunjung menikmati juadah sambil menikmati keindahan alam sekitar yang ada di kawasan ini.

“Sehubungan itu, saya mohon orang ramai terutama mereka yang melakukan aktiviti riadah di sekitar taman ini supaya bersabar dan memberi kerjasama semasa pembinaan dijalankan.

“Apa yang kami lakukan ini adalah untuk kesejahter­aan masyarakat dan kami akan pastikan keselamata­n pengunjung sentiasa dijaga terutama semasa kerja pembinaan dilakukan,” katanya.

Selain projek Taman Perpaduan itu, Abang Wahap memaklumka­n bahawa dua lagi projek di bawah kelolaan DBKU akan memberi impak kepada masyarakat setempat.

Katanya, projek itu ialah pembinaan Muzikal Fountain di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri dan pembinaan bangunan cawangan baharu DBKU yang terletak di Jalan Depo di sini.

“Kedua-dua projek ini yang kini masih dalam proses pembinaan masing-masing, insyaAllah dijangka siap bulan ini (Muzikal Fountain) dan tahun depan (bangunan cawangan baharu DBKU),” katanya.

Terdahulu, Abang Wahap menyampaik­an sijil penghargaa­n dan cenderamat­a kepada empat warga kerja DBKU yang akan bersara dan Anugerah Berkhidmat 25 Tahun kepada tiga kakitangan­nya pada majlis itu.

 ??  ?? SETIA: Abang Wahap menyerahka­n Anugerah Berkhidmat 25 Tahun kepada salah seorang kakitangan DBKU pada perhimpuna­n organisasi itu di Kuching, semalam.
SETIA: Abang Wahap menyerahka­n Anugerah Berkhidmat 25 Tahun kepada salah seorang kakitangan DBKU pada perhimpuna­n organisasi itu di Kuching, semalam.
 ??  ?? KERJASAMA: Kadim bertukar dokumen MoU dengan Musicpunth yang menandakan kerjasama rasmi antara UNIMAS dan Thaksin University, Thailand dalam akademik dan penyelidik­an.
KERJASAMA: Kadim bertukar dokumen MoU dengan Musicpunth yang menandakan kerjasama rasmi antara UNIMAS dan Thaksin University, Thailand dalam akademik dan penyelidik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia