Utusan Borneo (Sarawak)

RM150,000 disasar untuk Tabung Pahlawan Negeri

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak ( PVTMS) menyasarka­n kutipan berjumlah RM150,000 sempena Kempen Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak 2018.

Presiden PVTMS Francis Yeo berkata, pelancaran kempen akan diadakan di pekarangan Pasar Sentral Sibu pada 23 September ini, jam 9 pagi.

Kempen katanya, akan dilancarka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu Datuk Tiong Thai King.

“Pada tahun ini, kami menyasarka­n kutipan sebanyak RM150,000.

“Oleh itu, kami merayu kepada orang ramai untuk menghulurk­an sumbangan dengan ikhlas,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha PVTMS Nambang Tandang, Bendahari Mohd Bakri Mohd Yusoff serta ahli jawatankua­sa PVTMS yang lain.

Yeo yang baharu mengambil alih jawatan presiden PVTMS memberitah­u, kerjasama orang ramai amat dialu-alukan bagi menjayakan kempen tahunan itu.

“Kempen ini dijalankan sebagai satu bentuk penghargaa­n terhadap jasa dan kesanggupa­n para pejuang negara menggadaik­an nyawa demi mempertaha­nkan keamanan serta kedaulatan negara.

“Sebagai rakyat yang prihatin, tidak salah untuk kita semua bersama-sama menghulurk­an sedikit sumbangan bagi membela kebajikan bekas-bekas pejuang yang cedera semasa ber- tugas, termasuk waris mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Pada majlis sama, PVTMS turut menyampaik­an cek bantuan Veteran Kurang Upaya (VKU) kepada lapan ahli di mana setiap seorang menerima bantuan sebanyak RM500.

Persatuan turut menyerahka­n cek Bantuan Khairat Kematian kepada tiga balu ahli PVTMS yang telah meninggal dunia.

Tiga penerima terbabit ialah Renja Linggai balu kepada Mendiang Inggol Usan, Dayang Marpati Abang Kipli balu kepada Allahyarha­m Abu Bakar Ali dan Kamsiah Tar balu kepada Allahyarha­m Rosdi Suhaili.

“Dana bagi bantuan ini adalah hasil kutipan Kempen Tabung Pahlawan yang kami laksanakan tahun lepas.

“Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban yang ditanggung semua yang terlibat,” ujar Yeo.

 ??  ?? IHSAN: Yeo (empat kiri) bersama Nambang (dua kiri) dan Mohd Bakri (tiga kanan) menyerahka­n cek Bantuan Khairat Kematian kepada tiga penerima.
IHSAN: Yeo (empat kiri) bersama Nambang (dua kiri) dan Mohd Bakri (tiga kanan) menyerahka­n cek Bantuan Khairat Kematian kepada tiga penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia