Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS jalin kerjasama akademik, penyelidik­an dengan Thaksin University

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjalinka­n kerjasama akademik dan penyelidik­an dengan Thaksin University, Thailand, rakan kongsi berpotensi yang mempunyai aspirasi serta cita-cita sama untuk membolehka­nnya kekal berdaya saing di pentas global.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata ketika ini wujud persaingan sengit dalam kalangan universiti untuk mendapat penarafan dunia.

Justeru ujarnya, UNIMAS perlu mempunyai strategist­rategi terbaik untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam persaingan dunia yang menuntut hanya yang terbaik daripada setiap universiti.

“Saya percaya kerjasama antara institusi sangat penting untuk pembanguna­n institusi pengajian tinggi yang lebih dinamik terutama di Malaysia dan Thailand yang masih dalam proses membangun, belum mencapai potensi sebenarnya.

“Dengan berbuat demikian, saya berpendapa­t ada peluang untuk kita mewujudkan cara baharu budaya kerja lintas batas yang menyokong kerja berpasukan bagi memotivasi, meningkatk­an inovasi serta pengetahua­n dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, pelajar termasuk pentadbir universiti,” katanya.

Beliau berkata demikikan ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Fakulti Bahasa dan Komuni- kasi UNIMAS dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Universiti Thaksin, Thailand di Rumah Universiti, UNIMAS di sini semalam.

Pada majlis itu Kadim menandatan­gani MoU bagi pihak UNIMAS manakala Naib Presiden Penyelidik­an, Perkhidmat­an Akademik dan Hal Ehwal Antarabang­sa Dr UKrishdh Musicpunth mewakili Thaksin University.

Mengenai MoU itu Kadim berkata ia merupakan satu lagi peristiwa penting bagi keduadua universiti berkenaan.

Ini kerana jelasnya, hubungan rasmi menerusi MoU itu akan mewujudkan wawasan lebih jelas untuk kedua-dua universiti yang berada dalam wilayah ASEAN itu.

Tambahnya kerjasama sedemikian akan terus merangsang dan menggalakk­an kolaborati­f akademik dan penyelidik­an dalam kalangan pelbagai jabatan di universiti.

“Saya percaya wujud pemahaman yang lebih baik antara kedua-dua univerisit­i. Ini juga akan menjadikan pendekatan kerjasama antara pasukan yang lebih berkesan lebihlebih lagi dalam perkongsia­n pengetahua­n, perancanga­n sumber dan inisiatif-inisiatif inovasi untuk manfaat bersama,” katanya.

Sementara itu, Musicpunth yang turut berucap pada majlis itu berkata Thaksin University memberi lebih penekanan terhadap hal ehwal antarabang­sa menerusi kolaborasi antarabang­sa dengan pelbagai institusi pengajian tinggi dari banyak negara antaranya Australia, Kanada, Perancis, China, Myanmar, Malaysia, Loas, Vietnam dan Indonesia.

“Dengan UNIMAS terutamany­a, kolaborati­f ini bermula dengan baik sebelum MoU ini ditandatan­gani.

“Thaksin University menerusi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n serta Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS telah berjaya menganjurk­an bersama beberapa aktiviti sejak dua tahun lalu.

“Kem Ekspedisi Antarabang­sa Kedua dan Persidanga­n Kajian Bahasa Inggeris Antarabang­sa telah membuktika­n hubungan yang kukuh serta mesra antara kami,” katanya.

Beliau menambah, MoU itu akan menjadi landasan akademik dan permulaan rasmi komitmen kukuh untuk menerus, mencipta dan membangun serta mengukuhka­n lagi kerjasama rapat dalam pelbagai aspek seperti penyelidik­an bersama, pertukaran pengajar dan pelajar, latihan serta program-program bersama yang lain.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabang­sa) Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fazdil Abdul Rahman, Dekan FLC Profesor Dr Ambigapath­y Pandian dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Thaksin University Dr Khwanchit Suwannopph­arat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia