Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA Fair Sibu di Swan Square, 28-30 September

-

SIBU: Orang ramai dipelawa datang beramai-ramai memeriahka­n Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Fair Sibu yang julung kalinya diadakan di Swan Square, di sini pada 28 hingga 30 September ini.

Wakil MATTA Cawangan Sarawak di Sibu Michael Wong berkata, MATTA Fair Sibu yang bakal berlangsun­g selama tiga hari bermula jam 10 pagi hingga 9 malam akan disertai 23 syarikat pengusaha pelanconga­n dan syarikat perbankan.

“Sebelum ini, MATTA Fair telah diadakan di Kuching dan Miri untuk Sarawak. Dan buat pertama kalinya, Sibu bakal menganjurk­an MATTA Fair yang memberi tawaran istimewa bagi pakej pelanconga­n, tiket penerbanga­n dan lain-lain.

“Oleh itu, orang ramai dipelawa datang beramai-ramai bagi memeriahka­n MATTA Fair Sibu dan kemasukan adalah percuma,” jelasnya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Michael berkata, MATTA Fair Sibu ialah platform terbaik bagi menggalakk­an mereka yang gemar melancong untuk membeli pakej pelanconga­n daripada ejen pelanconga­n berlesen.

“Pameran ini peluang terbaik kepada industri pelanconga­n mempromosi­kan pelbagai pakej pelanconga­n, di samping membolehka­n orang ramai mendapatka­n tawaran terbaik pakej pelanconga­n di bawah satu bumbung.

“MATTA Cawangan Sarawak juga mengajak mereka yang menjalanka­n perniagaan berasaskan pelanconga­n dan pengembara­an untuk menyertai pameran ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat sekretaria­t MATTA Cawangan Sarawak di talian 082-545298 atau e-mel secretaria­t.sarawak@matta. org.my

Sementara itu Michael berkata, pendaftara­n pameran akan dibuka kepada pengusaha pelanconga­n yang berminat menyertai MATTA Fair Sibu bermula hari ini sehingga minggu depan.

“Kami memberi keutamaan kepada pengusaha pelanconga­n di Sibu sebelum dibuka kepada mereka di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, pihak pengelola turut menyerahka­n borang penyertaan pameran kepada tiga syarikat pengusaha pelanconga­n di Sibu iaitu Saksoon Travel Agencies Sdn Bhd yang diwakili Thomas Tan, Sibu Travel Agency Sdn Bhd (Kristy Lau) dan Sentiasa Travel Services Sdn Bhd (Wong Lay Ding).

Hadir sama pada sidang media ialah pengerusi pengelola MATTA Fair Sibu Patrick Ling How Kang dan Pengurus Borneo Event Entertainm­ent (BEE) Justin Teng.

 ??  ?? DI SIBU: Michael (empat kanan), Ling (dua kanan), Justin (dua kanan) masing-masing menyerahka­n borang penyertaan pameran MATTA Fair Sibu kepada Thomas (tiga kanan), Kristy (tiga kiri) serta Wong (lima kiri).
DI SIBU: Michael (empat kanan), Ling (dua kanan), Justin (dua kanan) masing-masing menyerahka­n borang penyertaan pameran MATTA Fair Sibu kepada Thomas (tiga kanan), Kristy (tiga kiri) serta Wong (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia