Utusan Borneo (Sarawak)

Plaza Merdeka anjur Pertanding­an Tarian K-Pop bersama Nene Chicken

-

KUCHING: Plaza Merdeka akan menganjurk­an Pertanding­an Tarian K-Pop bersama Nene Chicken pada 9 September ini, bermula jam 2 petang.

Ia dianjurkan sempena pembukaan rasmi Nene Chicken di pusat beli-belah terbabit.

“Kami ada 20 pasukan yang bertanding untuk memenangi tiga tempat teratas.

“Tempat pertama akan membawa pulang RM1,500, kedua RM1,000 dan ketiga RM800.

“Terdapat juga hadiah RM500 masing-masing untuk Anugerah Populariti dan Kostum Terbaik.

“Juara akan membuat persembaha­n pada pembukaan rasmi Nene Chicken pada 10 September,” kata Pengurus Besar Plaza Merdeka Cheah Kheng Mun pada sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, setiap pasukan mempunyai minimum tiga anggota dan anggota paling muda berusia lapan tahun.

Cheah menambah, pengunjung boleh mengundi untuk Anugerah Populariti dan Kostum dengan membelanja­kan minimum RM30 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah untuk melayakkan mereka mengundi dari jam 2 petang seterusnya pada hari pertanding­an.

Selain itu, katanya pengunjung yang memakai kostum Korea pada hari itu berpeluang memenangi baucar tunai RM500.

Pemenang akan dipilih barisan hakim berpengala­man dan kriteria penilaian untuk memilih juara adalah identiti K-Pop, tarian, keseragama­n, kostum, kreativiti dan populariti.

Dalam pada itu, Plaza Merdeka juga akan mengadakan K-Fair Mini pada 6 hingga 9 September.

Pameran mini makanan Korea itu akan menyajikan makanan Korea terkenal seperti teokbokki, kimbap, kimchi, dosirak dan banyak lagi.

Membuat ppopgi ( gulagula tradisiona­l Korea) demo membuat kimchi, kipas tangan DIY Korea dan lukisan topeng akan turut disediakan bagi warga Kuching yang berminat.

Selain itu, terdapat cabaran mi dan cabaran Nene Chicken pedas pada 8 September.

Pengunjung juga berpeluang mengalami suasana Korea dengan Hanbok Korea di gerai gambar untuk K-Fair.

Kanak-kanak juga boleh berseronok mengambil gambar bersama maskot Nene di pameran tersebut.

 ??  ?? PROMOSI: Cheah (lapan kiri) bergambar dengan penganjur bersama, penaja dan peserta Pertanding­an Tarian K-pop serta maskot Nene Chicken.
PROMOSI: Cheah (lapan kiri) bergambar dengan penganjur bersama, penaja dan peserta Pertanding­an Tarian K-pop serta maskot Nene Chicken.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia