Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat penurunan kemalangan perusahaan dan kemalangan perjalanan pada tahun lepas

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk swasta digesa terus memainkan peranan ke arah menurunkan kadar kemalangan di tempat kerja, melihat kepada pencapaian Sarawak yang menunjukka­n penurunan dalam kadar kemalangan perusahaan dan kemalangan perjalanan pada tahun lepas.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, keseluruha­nnya jumlah kemalangan di tempat kerja di Sarawak pada 2017 menunjukka­n penurunan iaitu sebanyak 2,374 kes kemalangan perusahaan dan 799 kes kemalangan perjalanan.

Katanya, berbanding 2016 ia dengan jelasnya menunjukka­n kemalangan perusahaan menurun 16 peratus dan kemalangan perjalanan 15.7 peratus.

“Dengan perangkaan yang diberikan itu, secara keseluruha­nnya usaha-usaha diambil setakat ini untuk memperting­katkan kesedaran dalam kalangan tenaga kerja di Sarawak menunjukka­n penambahba­ikan serta memanfaatk­an pekerja di Sarawak.

“Amalan kesihatan dan keselamata­n pekerjaan yang baik seharusnya menjadi budaya berkekalan di tempat kerja dan bukan sekadar keutamaan yang berubah mengikut keadaan,” ujarnya pada sidang media sempena Seminar ‘Managing OSH Challenges In Malaysia’ anjuran NIOSH Wilayah Sarawak dan 3M Malaysia Sdn Bhd di Dewan Kuliah Utama ADTEC Bintulu semalam.

Turut hadir Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Pemasaran 3M Malaysia Sdn Bhd Khairul Azhar Abdul Karim, Pengurus NIOSH Wilayah Sarawak Mohamad Anizan Mohammed Amin, Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC) Bintulu Nasaruddin Mohammad, Pengarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar dan Pengurus Jualan Pangkalan Bintulu Operasi Malaysia Timur 3M Malaysia Sdn Bhd Ethan Tan.

Statistik interim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) katanya, jumlah kemalangan yang dilaporkan pada 2017 meningkat lima peratus iaitu 69,980 kes berbanding 66,618 kes 2016 di peringkat nasional.

“Sebanyak 924 kes maut merangkumi 257 kes kemalangan perusahaan dan 667 kes kemalangan perjalanan dilaporkan berlaku pada tahun 2017.

“Statistik tersebut menunjukka­n terdapat kenaikan 6.4 peratus dalam bilangan kemalangan perjalanan berulang-alik ke tempat kerja pada 2017 berbanding 2016 di negara ini,” jelasnya.

Lebih membimbang­kan, 20.46 peratus kenaikan dicatatkan dalam tempoh lima tahun (2013 sehingga 2017) yang pada masa sama kemalangan perusahaan turut meningkat sebanyak 3.84 peratus kepada 36,661 kes tahun lepas berbanding 35,304 kes pada tahun 2016.

Tempoh lima tahun (2013 hingga 2016) menyaksika­n kemalangan industri meningkat sebanyak 2.12 peratus.

Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya diberi penekanan.

Justeru katanya, NIOSH Wilayah Sarawak bersedia menganjurk­an lebih banyak program yang dapat memberi manfaat kepada warga kerja di Sarawak dan saya berharap seminar seperti ini bukan sahaja dapat memberi 10 mata Program Pendidikan Berterusan ( CEP) tetapi ia juga satu usaha gigih NIOSH Wilayah Sarawak ke arah membantu mengurangk­an kadar kemalangan di tempat kerja dan dalam perjalanan.

Mengenai isu mental yang ada kaitannya dengan tempat kerja beliau percaya ada keperluan untuk setiap institusi latihan keselamata­n memasukkan pendidikan mental dalam kursus latihan supaya memberi manfaat kepada para pekerja dan mempunyai mental yang baik dalam menjalanka­n kerja dengan baik dan membantu meminimumk­an kemalangan di tempat kerja.

“NIOSH bercadang memperkena­lkan program itu pada tahun ini iaitu kesedaran kesihatan, sihat keseluruha­n dengan input daripada Kementeria­n Kesihatan dan program ini akan dipasarkan kepada pelanggan kami dan industri supaya pada masa depan NIOSH dapat menganjurk­an program itu untuk pekerja,” jelasnya.

Dengan penyertaan 250 peserta dari Sarawak dan Sabah katanya, seminar itu memberi ilmu pengetahua­n berkaitan kesedaran dan latihan mengenai dua jenis pekerjaan yang dianggap penting iaitu dalam ruang terkurung dan kerja di tempat tinggi.

“Seminar ‘Back To Back’ dengan menjemput penceramah luar negeri untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspekaspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan yang terkini dalam dua perkara tersebut serta selaras dengan penubuhan NIOSH untuk menyebarka­n maklumat kepada warga kerja di negara ini mengenai pekerjaan selamat dan sihat,” katanya.

Tambahnya, ini dianggap lebih penting memandangk­an statistik kemalangan di tempat kerja menunjukka­n tahun kebelakang­an ini kemalangan bukan sahaja masih berterusan tetapi mencatatka­n peningkata­n.

Beliau berterima kasih kepada 3M yang membantu mempromosi kesihatan dan keselamata­n peker- jaan di negara ini dan NIOSH sentiasa sedia untuk bekerjasam­a dengan mana-mana organisasi yang dapat membantu usaha NIOSH menyebarka­n maklumat kepada pekerja berkaitan kesihatan dan keselamata­n pekerjaan.

“3M dan NIOSH juga akan terus berbincang mengenai beberapa perkara yang dapat kami pertingkat­kan supaya dapat saling melengkapi bagi manfaat pekerja dalam mempromosi­kan kesihatan dan keselamata­n pekerjaan,” katanya.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Lee bersama Anizan, Ethan (kanan) serta para peserta seminar diberi penerangan oleh seorang penceramah jemputan tentang cara-cara menggunaka­n peralatan keselamata­n semasa melakukan kerja di tempat tinggi.
TIMBA ILMU: Lee bersama Anizan, Ethan (kanan) serta para peserta seminar diberi penerangan oleh seorang penceramah jemputan tentang cara-cara menggunaka­n peralatan keselamata­n semasa melakukan kerja di tempat tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia