Utusan Borneo (Sarawak)

Empat guru muda Sarawak sertai Seminar Profesiona­lisme Pendidikan Guru

- Sumbangan Osman Zaini

KUCHING: Empat guru muda dari Sarawak serta dua pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN) Sarawak telah dipilih sebagai perwakilan ke Seminar Profesiona­lisme Pendidikan Guru Malaysia 2018.

Mereka ialah Osman Zaini dari SK Rajau Ensika, PPD Simunjan, Muhammad Azizi Rahim (SK Beradek, PPD Padawan), James Lau Jenn Yunn ( SJKC Chung Hua Balingian, PPD Mukah) dan Wong Poh Yee (SK Chung Hua, PPD Lundu).

Manakala daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak adalah Mutiah Roslan dan Noraine Jamil.

Seminar selama tiga hari dua malam itu dihadiri semua guru muda seluruh negara yang dipilih Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing, diadakan di Klang, Selangor dari 28 hingga 30 Ogos lalu.

Pemilihan perwakilan itu adalah berlandask­an keaktifan guru muda dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam sekolah malah penglibata­n luar guru yang dapat membawa impak kepada iklim pendidikan negara.

Majlis perasmian seminar disempurna­kan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 30 Ogos.

Osman yang mewakili perwakilan guru muda Sarawak berkata, mereka berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kepada JPN Sarawak atas pemilihan untuk ke Seminar Profesiona­lisme Pendidikan Guru Muda Malaysia itu.

“Sesungguhn­ya pengalaman ini amat bernilai dan akan kami sebarluask­an kepada barisan semua guru di Sarawak sebagai satu wadah perkongsia­n ilmu.

“Input yang diperolehi dinikmati bersama serta disalurkan kepada anak murid,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, sepanjang seminar pelbagai input telah diperolehi dan mereka dapat merumuskan bahawa seminar itu amat berimpak tinggi kepada kelestaria­n pendidikan terutama di Sarawak.

Katanya peranan guru muda bukan sahaja sebagai penggerak, malah mereka ber- tindak sebagai pengaplika­si, pengamal dan merefleksi­kan amalan pendidikan dalam diri mereka.

“Ia untuk disebarlua­skan kepada anak murid di sekolah. Bukan itu sahaja tetapi untuk masyarakat sekeliling yang harus diberi pendedahan tentang kepentinga­n elemen sekolah kepada mereka,” katanya.

Maka impaknya kata Osman, akan mewujudkan satu ikatan kukuh antara sekolah dan masyarakat yang fokusnya adalah untuk memudahkan proses kemenjadia­n murid.

 ??  ?? DIPILIH: Empat guru dan dua pegawai JPN Sarawak yang terpilih menjadi perwakilan negeri ke Seminar Profesiona­lisme Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018.
DIPILIH: Empat guru dan dua pegawai JPN Sarawak yang terpilih menjadi perwakilan negeri ke Seminar Profesiona­lisme Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia