Utusan Borneo (Sarawak)

Ia susulan pelaksanaa­n SST, bagaimanap­un kadar kenaikan masih belum dapat dipastikan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Harga hartanah termasuk rumah di Sarawak dijangka meningkat tahun depan, susulan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Bagaimanap­un kadar kenaikan harga tersebut masih belum dapat dipastikan, kata Pengerusi Penganjur Jerayawara Perumahan dan Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Peter Pau Kiu Sung.

“Ini bergantung kepada sistem SST dan kami masih belum jelas lagi mengenai perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan SST terhadap harga rumah di Sarawak, pada sidang media Jerayawara Perumahan dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching Ke-2 di sini semalam.

Sementara itu, Setiausaha SHEDA Cawangan Kuching Peter Lau Hui Han berkata walaupun Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa beberapa bahan binaan dikecualik­an daripada SST, namun ia tidak semestinya menjamin penurunan harga hartanah.

Jelas beliau, ini kerana pengecuali­an SST terhadap bahan binaan itu hanya terpakai pada bangunan baharu yang dibina bermula bulan September ini dan seterusnya.

“Misalnya bagi bangunan yang dibina ketika pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) dahulu, agak mustahil untuk harganya diturunkan kerana harga yang ditetapkan sudah diserap dengan GST.

“Oleh itu untuk SST, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana harga rumah ditetapkan nanti.

“Seperti sesetengah organisasi di Semenanjun­g Malaysia dan juga beberapa arkitek, mereka berkata selepas melihat apa yang dikecualik­an, tidak semestinya harga akan turun dengan banyak,” katanya.

Sementara itu Jerayawara Perumahan dan Hartanah SHEDA 2018 akan diadakan di AEON Mall di sini, dari 7 hingga 11 November nanti.

Peter Pau Kiu Sung berkata jerayawara itu merupakan pusat sehenti untuk pembeli dan pelabur yang mencari tawaran hartanah terbaik, termasuk produk dan perkhidmat­an.

“Kami menyediaka­n sebanyak 38 gerai untuk ditempah oleh para pemaju, perbankan dan pemain industri lain bagi memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka menerusi jerayawara ini,” katanya.

Hadir sama pada sidang media semalam ialah Setiausaha SHEDA Kuching Peter Lau Hui Han, Ahli Jawatankua­sa Aktiviti SHEDA Kuching Steve Tan Chen Hang dan Pengurus Besar SHEDA Kuching Tan Teck Kian.

Selain pameran, turut diadakan Peraduan Beli dan Menang yang menawarkan hadiah menarik serta pelbagai aktiviti lain.

Untuk maklumat lanjut atau bagi tempahan gerai, sila berhubung dengan Angelina Chai menerusi e-mel angelina. skb@ sheda. org. my atau 019-816 2191. SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu semalam melancarka­n Skim Bantuan Beras Harapan Sibu untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Ketuanya Abdul Raafidin Majidi berkata, skim bantuan tersebut untuk membantu mereka yang terputus bekalan beras di sekitar bandar Sibu terutama dari sekitar kawasan DUN Nangka.

Menurutnya, sebanyak 200 kampit beras telah disediakan di Pusat Khidmat PKR Cabang Sibu yang beralamat di 14B, Tingkat 2, Jalan Kampung Datu.

“Sebagai parti komponen Pakatan Harapan yang telah diberi mandat pada Pilihan Raya Umum lepas, PKR Cabang Sibu sedar akan tanggungja­wab sebagai parti pemerintah.

“Justeru, PKR Cabang Sibu telah mewujudkan skim ini bagi membantu masyarakat yang terputus bekalan beras di sekitar bandar Sibu terutama di DUN Nangka,” jelasnya.

Raafidin berkata, mereka yang memerlukan bantuan tersebut boleh datang ke pusat khidmat PKR Cabang Sibu bagi mendapatka­n bekalan beras tersebut.

Sementara itu, beliau menggesa lebih banyak syarikat korporat tampil menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

 ??  ?? SERTAI KAMI: (dari kiri) Tan, Pau, Lau dan Tan menunjukka­n iklan Jerayawara Perumahan dan Hartanah SHEDA 2018 yang akan diadakan di AEON Mall pada 7 hingga 11 November nanti.
SERTAI KAMI: (dari kiri) Tan, Pau, Lau dan Tan menunjukka­n iklan Jerayawara Perumahan dan Hartanah SHEDA 2018 yang akan diadakan di AEON Mall pada 7 hingga 11 November nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia