Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa Inggeris: Kaji kedudukan Sarawak sebelum keluar kenyataan

-

MIRI: Para pemimpin Sarawak meminta Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memperjela­skan dengan terperinci kepada rakyat negeri ini berhubung kenyataan beliau mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, Dr Maszlee tidak wajar mengeluark­an kenyataan berhubung isu berkenaan di Parlimen, sebelum mengkaji terlebih dahulu kedudukan Sarawak yang berbeza dan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita di Sarawak adalah berbeza, malah di bawah MA63 juga. Bahasa rasmi bagi Sarawak ialah bahasa Melayu dan Inggeris.

“Oleh itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), kita menggunaka­n bahasa Inggeris, malah perbicaraa­n dan penghakima­n di mahkamah-mahkamah negeri ini juga menggunaka­n bahasa Inggeris,” jelas beliau.

Atas dasar yang sama juga, beliau berkata kebanyakan sekolah swasta dan sekolah antarabang­sa di negeri ini menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, kerana menyedari ia amat penting dan merupakan bahasa pengantar di peringkat antarabang­sa.

“Di peringkat antarabang­sa bahasa Inggeris digunakan secara meluas dan bahasa yang amat penting serta perlu dikuasai, justeru saya tidak faham, kenapa tiba-tiba Menteri Pendidikan (Dr Maszlee) pula membuat kenyataan sedemikian, yang seolah-olah menidakkan kepentinga­n bahasa Inggeris dan penggunaan­nya di Sarawak terutama sebagai bahasa pengantar di sekolahsek­olah,” jelas Sebastian lagi.

“Justeru Dr Maszlee harus memperjela­skan kenyataann­ya berhubung isu tersebut dengan rakyat negeri ini,” tambahnya.

Ketua Penerangan SUPP yang juga Datuk Bandar Miri Adam Yii yang mempunyai pendirian yang sama, berkata jika penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah adalah salah, maka kementeria­n itu perlu menjawab mengenai penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti Cina dan India di seluruh negara.

“Kita mahu mendengar penjelasan yang betul dan benar daripada kementeria­n ini, memandangk­an bahasa Inggeris pernah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Sarawak,” tambahnya dan justeru itu juga bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem mahu bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar rasmi kedua di negeri ini.

Dr Maszlee dalam maklum balas kementeria­n itu terhadap jawapan Parlimen bertulis kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang merupakan Ahli Parlimen Batang Sadong berhubung pendirian kementeria­n itu terhadap sekolah-sekolah Sarawak yang menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, adalah tidak wajar.

Katanya, Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Pendidikan 1996 tidak membenarka­n mana-mana sekolah bahasa Inggeris di negara ini, termasuk di Sarawak.

Dr Maszlee yang dipetik dalam salah sebuah portal berita nasional, berkata beliau menentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan kerana ia melanggar Perkara 152 (1) Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan juga bertentang­an dengan surat dan semangat Akta Pendidikan 1996.

“Oleh itu, untuk memelihara dan menghormat­i keunggulan perlembaga­an dan undangunda­ng, kementeria­n tidak menyaranka­n agar bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah, termasuk sekolah-sekolah di Sarawak.

“Usaha meningkatk­an taraf bahasa Inggeris di kalangan pelajar boleh dilakukan dari semasa ke semasa melalui kaedah lain yang selaras dengan undang- undang dan dasar pendidikan sekarang,” kata kementeria­n itu dalam jawapannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia