Utusan Borneo (Sarawak)

Petisyen pilihan raya: Vidyananth­an daripada BN kekal ADUN Kahang

-

KUALA LUMPUR: R. Vidyananth­an daripada MIC kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kahang, Johor selepas Mahkamah Tinggi semalam menolak petisyen pilihan raya dikemukaka­n calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia Noorlihan Ariffin, yang mencabar keputusan pilihan raya dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) berkenaan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membuat keputusan itu turut membenarka­n permohonan Vidyananth­an, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Kahang Nasri Md Ali dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) selaku responden untuk membatalka­n petisyen pilihan raya difailkan Noorlihan selaku pempetisye­n.

Mohd Nazlan di dalam penghakima­nnya berkata kesemua responden berjaya membuktika­n fakta- fakta yang mencukupi untuk membatalka­n petisyen pilihan raya berkenaan.

“Dengan ini, mahkamah menolak petisyen pilihan raya dikemukaka­n pempetisye­n dan mengisytih­arkan responden pertama (Vidyananth­an) adalah ADUN yang dipilih untuk Kahang,” kata hakim itu.

Mahkamah turut memerintah­kan pempetisye­n membayar kos RM10,000 untuk setiap responden.

Pada 13 Jun lepas, Noorlihan memfailkan petisyen pilihan raya bagi memohon perisytiha­ran bahawa responden pertama (Vidyananth­an) tidak dipilih dengan sewajarnya sebagai ADUN Kahang dan keputusan pilihan raya bagi kawasan itu sebagai tidak sah.

Dalam petisyen itu, Noorlihan mendakwa SPR gagal mengisytih­arkan pengundian di tempat mengundi bagi DUN Kahang adalah tidak sah selepas Nasri dan SPR telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(d) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mana dengan sengaja menghalang mana-mana orang daripada mengundi di tempat pengundian.

Pempetisye­n mendakwa ini adalah kerana kegagalan pegawai pengurus itu atau wakilnya untuk membenarka­n seorang pengundi berdaftar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bertarikh 9 Mei lepas.

Sementara itu, Vidyananth­an ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menzahirka­n rasa gembira kerana keputusan hari ini memihak kepada BN.

“Ini adalah satu kejayaan bukan sahaja untuk saya dan BN tetapi untuk rakyat DUN Kahang itu sendiri kerana pada PRU14, BN di kawasan berkenaan mendapat mandat dengan keputusan majoriti yang tinggi sebanyak 2,861 undi.

“Keputusan hari ini (semalam) juga membuktika­n bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat adalah mandat yang sebenarnya diberikan kepada kita kerana keikhlasan kita menjaga kawasan itu dengan baik selama ini,” katanya yang turut berterima kasih kepada peguam yang mewakiliny­a.

Pada PRU14, Vidyananth­an memenangi kerusi DUN Kahang dengan memperoleh undian sebanyak 10,786 manakala Noorlihan memperoleh 7,907 undi.

Dalam prosiding semalam, Noorlihan diwakili lima peguam termasuk Shahir Ab Razak, Azizi Iskandar dan Raihanah Ashriqin Ariffin manakala Vidyananth­an diwakili peguam Datuk Syed Faisal Syed Abdullah manakala pegawai pengurus DUN Kahang dan SPR diwakili peguam Zulhelmi Wakiman@ Wagiman. — Bernama

Tiga anak kami juga masih bersekolah. Saya mohon jaminan dikurangka­n. Uji Che Mat Tertuduh

Tertuduh, yang juga ibu kepada lima orang anak itu, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.51 pagi, 18 Ogos lepas di Ribath Tahfiz Asy-Syirazi di Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau dipenjarak­an sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Uji juga didakwa mencabul kehormatan mangsa yang sama dengan memegang dan menarik kemaluan mangsa, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Uji dan Mohd Zamzuri juga didakwa bersama- sama atas empat pertuduhan menganiaya empat kanak- kanak berusia antara tujuh dan 12 tahun yang merupakan pelajar di situ dengan cara merotan berulang kali sehingga semua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pusat tahfiz yang sama pada sekitar waktu tengah hari dan petang, antara 2 Jan dan 31 Jan 2017.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu memperuntu­kkan tambahan hukuman yang membolehka­n tertuduh dikenakan bon berkelakua­n baik selama tempoh dan dengan syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah dan perlu melaksanak­an khidmat masyarakat untuk tempoh tidak melebihi 240 jam.

Selain itu, Mohd Zamzuri juga menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) akta yang sama kerana merotan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa berlaku pada jam 8.18 malam, 11 Ogos lepas di pusat tahfiz tersebut.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari menawarkan jaminan sebanyak RM105,000 ke atas Uji dan RM75,000 kepada Mohd Zamzuri, masing- masing dengan seorang pejamin.

Uji bagaimanap­un merayu supaya jumlah itu dikurangka­n atas alasan tidak bekerja dan pendapatan keluarga adalah bergantung sepenuhnya kepada Mohd Zamzuri yang merupakan guru di pusat tahfiz itu.

“Tiga anak kami juga masih bersekolah. Saya mohon jaminan dikurangka­n,” katanya.

Dazuki membenarka­n jaminan sebanyak RM25,000 ke atas Uji dan RM20,000 kepada Mohd Zamzuri bagi semua pertuduhan masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 4 Okt depan.

Beliau juga menetapkan syarat tambahan kepada kedua- dua tertuduh yang beralamat di Kampung Selamat di sini untuk tidak mengganggu mangsa atau keluarga mereka sepanjang prosiding berlangsun­g.

Kedua-dua tertuduh tidak menjelaska­n jaminan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia