Utusan Borneo (Sarawak)

Edar dadah: Lelaki warga asing dihukum mati

-

SEREMBAN: Dua lelaki warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar lebih dua kilogram dadah, dua tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktika­n pertuduhan dihadapi warga Nigeria dan Ghana itu selain berpuas hati dengan keterangan yang diberikan 16 saksi pihak pendakwaan serta kedua-dua tertuduh.

Chikanso Ansalem Okoli, 29, warga Nigeria dan Desmond Owusu, 25, warga Ghana hanya mengangguk faham selepas keputusan diterjemah­kan jurubahasa mahkamah.

Kedua-dua tertuduh didapati memiliki 2,083 gram dadah di tempat parkir kenderaan di Dataran Nilai di sini pada jam 11.05 pagi, 15 Mac 2016, didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad manakala kedua- dua tertuduh diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah dan Datuk Hanif Hassan.

Terdahulu, Abdul Aziz semasa merayu hukuman ringan bagi anak guamnya berkata Ansalem Okoli yang merupakan pembantu restoran di Nilai menyesal dengan perbuatann­ya itu dan memohon maaf kepada kerajaan Malaysia.

“Beliau masuk ke negara ini secara sah pada 2014 untuk mencari pekerjaan bagi membantu keluargany­a,” katanya.

Katanya Owusu ialah seorang pelajar di sebuah kolej di Ipoh, Perak dan masuk secara sah pada 2015.

“Dia juga menyesal atas perbuatann­ya kerana mempercaya­i rakan beliau,” katanya.

Sementara Hazeelia memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman setimpal memandangk­an ia merupakan kesalahan serius.

“Ini juga akan memberi pengajaran kepada masyarakat terutamany­a kepada warganegar­a asing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia