Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ADUN daripada PAS bebas dengan jaminan SPRM RM10,000

-

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada PAS dibebaskan semalam selepas direman dua hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dana kerajaan berjumlah RM50,000.

Ia berikutan suruhanjay­a berkenaan telah melengkapk­an siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Majistret Shazali Hidayat Shariff membenarka­n wanita berusia 56 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 serta seorang penjamin.

Bekas ADUN yang memakai baju kurung dan bertudung hijau dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi semalam, dengan diiringi pegawai SPRM.

Wanita itu kemudian dibebaskan kira-kira jam 1.30 petang semalam di pejabat SPRM Selangor selepas membayar wang jaminan.

Kelmarin mahkamah mengeluark­an perintah tahanan reman selama dua hari ke atasnya.

Bekas ADUN itu didakwa melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya, sekitar 2015 hingga 2018.

Sementara itu, peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili bekas ADUN itu memberitah­u pemberita pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

“SPRM telah menyelesai­kan siasatan mereka dan menyerahka­n kertas siasatan berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara. Kini, saya dan anak guam hanya menunggu apakah tindakan lanjut daripada mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia