Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi dengan kerjasama China dan Thailand itu turut menyita wang tunai dan kenderaan mewah

-

GEORGE TOWN: Polis menumpaska­n sindiket pengedaran dadah antarabang­sa dengan penahanan dua lelaki dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.8 juta dalam lima serbuan di sekitar Pulau Pinang, Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A. Thaiveegan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki berusia 39 dan 46 tahun di kawasan Gelugor di sini pada jam 12 tengah hari dan merampas dadah jenis syabu sebanyak 8.2 kilogram dan 2.9 kilogram base heroin yang disembunyi­kan dalam kereta itu.

“Susulan penahanan dua lelaki yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah itu, polis menyerbu empat lagi lokasi iaitu sebuah apartmen di Mutiara Height dan merampas 64.45 kilogram syabu sebelum ke Jelutong dan menemui 93.2 kilogram syabu.

“Polis juga merampas 734 gram base heroin di Sungai Dua, di sini dan terakhir di Balik Pulau kami merampas 18.6 kilogram ganja. Operasi bermula jam 12 tengah hari hingga 7.20 malam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Thaiveegan berkata semua dadah itu dibungkus dalam bungkusan teh Cina dan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran di Malaysia.

Beliau berkata operasi dengan kerjasama bahagian pencegahan dadah China dan Thailand itu turut menyita wang dalam beberapa akaun bank berjumlah RM2.05 juta, wang tunai RM370,000 dan sebuah kenderaan mewah bernilai RM220,000 daripada dua lelaki terbabit.

“Semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 1.14 juta penagih dan polis akan meneruskan operasi dalam usaha membantera­s kegiatan penyeludup­an serta pengedaran dadah di Pulau Pinang. Kami lancarkan operasi besar-besaran untuk lawan kegiatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod lampau serta positif dadah. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menemui 16,921 gram (g) ketamin, 479g heroin dan 246g syabu bernilai RM865,000 yang disembunyi­kan di bahagian bumbung sebuah apartment di Datuk Keramat, di sini pada jam 2.30 petang, Isnin lepas.

“Polis menerima laporan daripada pengurusan apartment itu yang memaklumka­n pekerjanya menemui semua dadah itu di bahagian bumbung rumah tingkat paling atas ketika hendak membaiki bumbung yang rosak akibat hujan lebat…dadah itu di- percayai disembunyi­kan di situ sejak beberapa tahun berdasarka­n keadaan semua dadah itu,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang menyembuny­ikan semua dadah itu di atas bumbung berkenaan dan menurut tuan rumah itu dia telah tinggal di apartment itu sejak sembilan tahun lepas dan tidak mengetahui mengenai dadah-dadah berkenaan. — Bernama

Susulan penahanan dua lelaki yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah itu, polis menyerbu empat lagi lokasi iaitu sebuah apartmen di Mutiara Height dan merampas 64.45 kilogram syabu sebelum ke Jelutong dan menemui

syabu.” 93.2 kilogram Datuk Seri A.Thaiveegan Ketua Polis Pulau Pinang

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN BESAR: A Thaiveegan (lima kiri) bersama pegawainya menunjukka­n pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ganja dan heroin bernilai RM8.8 juta yang dirampas Isnin lepas dalam beberapa operasi di sekitar Timur Laut dan Barat Daya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN BESAR: A Thaiveegan (lima kiri) bersama pegawainya menunjukka­n pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ganja dan heroin bernilai RM8.8 juta yang dirampas Isnin lepas dalam beberapa operasi di sekitar Timur Laut dan Barat Daya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia