Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Dua anggota JPJ, pengusaha sekolah memandu direman enam hari

-

SHAH ALAM: Dua anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) ditahan reman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan rasuah berhubung pengeluara­n lesen memandu antarabang­sa tanpa mengikut prosedur.

Turut direman seorang pengusaha sekolah memandu di Damansara dekat sini.

Perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek berusia antara 30 dan 40 tahun itu dikeluarka­n oleh Majistret Shazali Hidayat Shariff bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Menurut sumber SPRM, perbuatan itu dipercayai dilakukan antara 2015 dan 2017 ketika kedua-dua anggota JPJ terbabit bertugas di bahagian pelesenan cawangan Bintulu, Sarawak.

Kedua-dua suspek yang kini bertugas di JPJ cawangan Miri, Sarawak dan Seremban, Negeri Sembilan ditahan jam 2.30 petang kelmarin selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Berdasarka­n siasatan awal, pemilik sekolah memandu itu bertugas mencari individu terutama warga asing yang berminat untuk mendapatka­n lesen memandu dengan kadar segera tanpa melalui prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Setiap lesen meman- du antarabang­sa ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 dengan pengeluara­nnya akan dilakukan oleh dua anggota JPJ ini,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui komisen yang diterima oleh kedua-dua ang- gota JPJ terbabit bagi setiap pengeluara­n lesen memandu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahka­n mengenai perkara itu namun enggan mengulas lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Dua anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan seorang pemilik sekolah memandu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan dalam pembuatan dan meluluskan lesen memandu antarabang­sa di Kompleks Mahkamah Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama DIREMAN: Dua anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan seorang pemilik sekolah memandu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan dalam pembuatan dan meluluskan lesen memandu antarabang­sa di Kompleks Mahkamah Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia