Utusan Borneo (Sarawak)

Enam individu termasuk Timbalan Pengarah JPJ direman berhubung rasuah

-

GEORGE TOWN: Enam individu termasuk seorang Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sebuah negeri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan urusan insurans, lesen memandu serta saman.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town Muna Maria Azmi bermula semalam hingga Ahad, selepas membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada prosiding itu Muna memerintah­kan pegawai kanan JPJ Perlis itu, dua orang agen insurans dan kerani insurans sebuah syarikat swasta serta seorang penolong penguasa JPJ Perak direman selama lima hari.

Muna turut memerintah­kan seorang lagi kerani kewangan di sebuah ibu pejabat polis di negeri ini ditahan reman selama em- pat hari.

Menurut sumber SPRM, Timbalan Pengarah JPJ di negeri utara serta seorang agen insurans dan kerani syarikat insurans itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam rasuah untuk memudahkan urusan agen insurans tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.

Sementara itu mengikut sumber SPRM juga, penolong penguasa serta seorang lagi ejen insurans syarikat sama ditahan berikutan disyaki terlibat dalam urusan rasuah melibatkan pengeluara­n lesen memandu tanpa melalui prosedur yang sepatutnya manakala kerani kewangan itu dipercayai menerima suapan daripada orang awam sebagai balasan bagi menutup saman-saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Difahamkan kesemua indivividu berkenaan ditahan semalam di lokasi berasingan dalam operasi Ops Tutup. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia