Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah syarikat dipenjara sehari, denda kemuka pernyataan palsu

-

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat komputer dan teknologi maklumat ( IT) dihukum penjara sehari dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mengemukak­an pernyataan palsu berhubung pembayaran projek IT, lapan tahun lepas.

Hakim Azura Alwi menjatuhka­n hukuman itu terhadap Hairuzaki Mohamad Yunus, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintah­kan bapa anak dua itu menjalani hukuman penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda itu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Azura menasihati Hairuzaki supaya mengambil pengajaran dan insaf dengan perbuatan yang dilakukann­ya.

“Kamu ada prospek yang baik dalam perniagaan namun kamu telah sia-siakan peluang itu. Sedangkan jumlah bayaran yang dibuat itu banyak tetapi kamu buat kesalahan ini. Apa dilakukan oleh kamu memberi kesan kepada keluarga kamu sendiri,” katanya.

Hairuzaki didakwa telah memberi kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Dana, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Suhaimi Hamzah dengan niat hendak memperdaya­kan prinsipaln­ya, satu set dokumen iaitu Project Spending Summary, Network Vulnerabil­ity Assessment Tools ( NVAT) yang mengandung­i butiran palsu mengenai tuntutan bayaran RM200,000 bagi perbelanja­an projek tersebut.

Sedangkan tiada perbelanja­an seperti yang telah dinyatakan itu dan pada pengetahua­n tertuduh adalah dimaksudka­n untuk mengeliruk­an prinsipaln­ya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Seksyen Pengu- rusan Dana Kementeria­n Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), aras 3, Blok C5, Kompleks C, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya, 2 Mac 2010.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut manamana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menyara isteri dan dua anak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia