Utusan Borneo (Sarawak)

Gaji minimum seragam RM1,050 berkuat kuasa 1 Januari 2019

Kerajaan saran para majikan naikkan gaji minimum secara berkala

-

PUTRAJAYA: Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanak­an kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata keputusan itu dibuat selepas menimbang syorsyor yang diberikan Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntu­kkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjun­g Malaysia dan RM920

Kita harus waspada bahawa sebarang peningkata­n gaji yang drastik bakal menimbulka­n masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara.

sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada mana-mana majikan kerana kekangan kewangan semasa negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaska­n peningkata­n gaji minimum berkenaan adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.

“Kita harus waspada bahawa sebarang peningkata­n gaji yang drastik bakal menimbulka­n masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun- tahun akan datang supaya industri, terutamany­a majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabka­n pemberhent­ian pekerja.

“Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmat­an susulan kenaikan gaji minimum ini dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dimohon untuk memantau perkara tersebut,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI SEMULA: Steven bercakap kepada pengamal media pada Sidang Dewan Negara Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KAJI SEMULA: Steven bercakap kepada pengamal media pada Sidang Dewan Negara Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia