Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli politik digesa tidak campur tangan proses perancanga­n bandar

-

PETALING JAYA: Ahli politik digesa tidak campur tangan dan menyalahgu­nakan kuasa dalam menentukan sesuatu perancanga­n masa depan bandar bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata berdasarka­n pengalaman­nya selama 10 tahun sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai sebelum ini, beliau melihat ada ahli politik mengganggu proses perancanga­n masa depan bandar sehingga menjejaska­n keselesaan penduduk.

“... tidak boleh lagi ada pertalian politik dalam perancanga­n bandar kerana jika tidak, kita akan lihat ada kehidupan rakyat di mana-mana kawasan yang diterokai pemaju sematamata tanpa mengambil kira keselesaan penduduk.

“Jadi, gesaan saya bukan sahaja untuk ‘young town planners’ (para perancang bandar muda) tapi sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses itu (perancanga­n bandar) haruslah menitikber­atkan impak yang baik, bukan mengikut telunjuk ahli-ahli politik,” katanya.

Nurul Izzah berkata demikian kepada pemberita selepas berkongsi pandangann­ya dengan golongan muda dan profesiona­l perancang bandar anjuran Institut Perancang Malaysia (IMP) di sini semalam.

Turut bersependa­pat dengan Nurul Izzah, Pensyarah Fakulti Senibina Perancanga­n dan Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Mizan Hitam berkata ahli politik seharusnya mendengar pandangan dan nasihat daripada pakar perancang bandar dan pasukan teknikal lain.

“Saya nasihatkan bidang-bidang profesion ini (perancang bandar) lebih tegas dalam memberikan pandangan teknikal dan perlu perbincang­an lebih banyak antara perancang, jurutera dan ahli politik.

“Nak dikatakan ahli politik tidak termasuk langsung dalam perancanga­n bandar tidak boleh, kerana memang ahli politik yang dilantik bertindak sebagai legislatif yang membuat keputusan, tapi mereka harus menerima pandangan pakar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERANCANGA­N: Nurul (tiga kiri) bergambar bersama ahli organisasi yang turut hadir di Institut Perancang Malaysia (IMP) Kelana Jaya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERANCANGA­N: Nurul (tiga kiri) bergambar bersama ahli organisasi yang turut hadir di Institut Perancang Malaysia (IMP) Kelana Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia