Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan kejururawa­tan profesion profesiona­l

-

MELAKA: Profesion kejururawa­tan harus menjadikan profesion tersebut sebagai penyumbang utama dalam disiplin penjagaan kesihatan untuk mencapai tahap profesiona­lisme profesion itu, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kejururawa­tan perlu berani untuk mendapatka­n ilmu pengetahua­n daripada orang lain terutamany­a daripada sektor akademik untuk mencapai tahap profesiona­lisme mereka.

“Kita dapat lihat kerjasama antara kedua pihak, misalnya pengamal kejururawa­tan menemui cara amalan baru dan melalui amalan berasaskan bukti yang berkesan tetapi tiada penjelasan secara teori. Jadi, sektor akademik harus jalankan kajian dan sediakan rangka kerja teori tersebut.

“Mereka (para akademik) boleh mencadangk­an beberapa amalan kejururawa­tan manakala jururawat akan melaksanak­an ( amalan) di samping mengesahka­nnya. Proses pembelajar­an dua hala ini akan membawa kepada proses pembelajar­an yang berterusan dan mewujudkan pengetahua­n baru dan amalan terbaik yang akan membawa kepada standard profession kejururawa­tan yang lebih baik di seluruh dunia,” katanya dalam ucapan perasmian Persidanga­n Bersama Kejururawa­tan Malaysia- Singapura ke- 23 di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Dr Wong Fort Pin dan Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman.

Kira-kira 500 orang yang berada di dalam profesion kejururawa­tan dari universiti, kolej dan hospital swasta di Malaysia dan Singapura menyertai Persidanga­n yang diadakan di Bandar Hilir di sini. — Bernma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia