Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA giat laksana program stabil harga makanan

-

KUALA LUMPUR: Program Stok Bekalan Makanan yang dijalankan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) adalah antara inisiatif kerajaan bagi menstabilk­an harga dan menjamin bekalan bahan makanan pada pasaran tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata ia melibatkan outlet peruncitan FAMA di seluruh negara, yang mana bekalan makanan diperoleh daripada pengusaha tempatan dan diimport dari negara pengeluar.

“Pada tahun ini, program itu diperluask­an kepada 27 komoditi seperti sembilan jenis sayur-sayuran, barang kawalan iaitu gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar (Q-Fish), ayam proses standard, telur ayam serta barangan industri asas tani.

“Kerajaan juga melaksanak­an program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani, Agroba- zaar Kedai Rakyat dan outlet peruncitan lain di seluruh negara yang menawarkan penjimatan harga antara lima dan 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah mengenai usaha kementeria­n dalam membantu mengurangk­an ketidaksta­bilan harga makanan dalam pasaran tempatan.

Sim seterusnya berkata nilai jualan yang dicatatkan bagi program Jimat Belanja Dapur adalah RM46 juta sepanjang Januari hingga April lepas.

Selain itu, kementeria­n turut mengadakan Program Jualan Terus Dari Ladang melibatkan 337 peserta dengan nilai jualan RM790,803 dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mei lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia