Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Darat dijangka peroleh helikopter tempur awal tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Tentera Darat dijangka memperoleh helikopter tempur ringan jenis MD 530-G secara berperingk­at awal tahun depan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata buat masa ini, pihaknya sedang membuat percubaan pemanduan terhadap helikopter buatan syarikat McDonnell Douglas itu.

“Jika mengikut perancanga­n ia (akan diperoleh) awal tahun depan, perolehan aset ini mengikut perancanga­n dan kita berpuas hati. Buat masa ini, Tentera Darat masih dapat laksanakan tugas menggunaka­n aset sedia ada,” katanya.

Ahmad Hasbullah berkata demikian dalam sidang media selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-27 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dilaporkan berkata, Tentera Darat bakal menerima perolehan aset baharu antaranya enam helikopter tempur ringan jenis MD 530-G menerusi Bajet 2018.

Sementara itu, Ahmad Hasbullah mengingatk­an anggota dan pegawai Tentera Darat agar sentiasa berwaspada ancaman kumpulan militan Daesh.

“Pihak Tentera Darat sentiasa menjalanka­n program kesedaran bagi mengelak anggotanya daripada terpengaru­h dengan kegiatan seperti itu,” katanya.

Beliau juga berkata empat teras yang digariskan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin akan dilaksanak­an bagi memastikan Tentera Darat kekal cemerlang.

Teras tersebut adalah Angkatan Profesiona­l, Ketumbukan yang Siap Siaga, Keutuhan Organisasi dan Memperkasa Kualiti Hidup

“Arahan Kementeria­n Pertahanan juga akan dilaksanak­an dan anggota tentera diingatkan supaya fokus terhadap tugas yang diamanahka­n kepada mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Ahmad memberi tabik hormat kepada Perbarisan Perintah Ulung PTD ke 27 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama TABIK HORMAT: Ahmad memberi tabik hormat kepada Perbarisan Perintah Ulung PTD ke 27 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia