Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada konflik kepentinga­n dalam pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM: bekas rektor

-

PETALING JAYA: Tidak wujud konflik kepentinga­n dalam pelantikan Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik sebagai presiden baharu Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), kata mantan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Datuk Dr Mizan Hitam.

Mizan berkata berdasarka­n sejarah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjawat Menteri Pendidikan dari 1986 hingga 1991, pernah memegang jawatan Presiden UIAM selama sepuluh tahun.

“Anwar dilantik menjadi Presiden UIAM dari tahun 1988 hingga 1998 dan ini adalah fakta sejarah bahawa Menteri Pendidikan pernah memegang jawatan Presiden UIAM,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dipetik dalam sebuah portal berita semalam menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai Presiden UIAM kerana mendakwa wujud konflik kepentinga­n jika seorang menteri mengetuai sebuah universiti.

Kelmarin, Persatuan Staf Akademik UIAM, dalam laman rasminya mengucapka­n tahniah kepada Maszlee atas pelantikan beliau sebagai presiden universiti itu yang baharu bagi menggantik­an Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mizan juga berkata beliau yakin Maszlee akan bersikap profesiona­l dan mempunyai kefahaman luas dalam bidang pendidikan sekali gus dapat mengangkat UIAM ke peringkat tertinggi. — Bernama

Lebih 74 peratus pelatih di semua pusat pemulihan sekarang ini berumur antara 19 dan 39 tahun iaitu usia paling produktif untuk bekerja atau memberi sumbangan kepada negara. Datuk Seri Zulkifli Abdullah Ketua Pengarah AADK

disediakan,” katanya pada sidang media selepas selesai lawatan pertama beliau sebagai ketua pengarah di CCRC Perlop, di sini semalam.

Mengikut rekod AADK dari 2013 hingga Julai tahun ini, sebanyak 45,778 kes penagih berulang direkodkan manakala 108,563 kes baharu dicatat bagi tempoh sama.

Zulkifli berkata kerajaan perlu memikirkan insentif tertentu kepada pihak swasta yang menyokong usaha ini dalam membantu membina masa depan kepada bekas penagih yang telah bebas untuk membina kehidupan baharu.

“Contohnya seperti memberikan rebat atau cukai pengecuali­an kepada syarikat- syarikat yang membantu menyediaka­n peluang pekerjaan.

“Ini adalah pelaburan amat penting untuk negara walaupun kita tidak memberi sumbangan terhadap hasil negara tetapi kita memberi sumbangan terhadap tenaga kerja kepada negara,” katanya.

Beliau turut bercadang untuk mengadakan pertemuan bersama Kementeria­n Sumber Manusia, Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pendidikan dan berkaitan agar memperting­katkan kesedaran berhubung sistem sokongan.

Selain itu, beliau meminta kerajaan agar melihat semula peruntukan yang wajar diberi bagi tujuan penambahba­ikan kesemua 27 CCRC di seluruh negara.

“Buat masa ini kita memerlukan lebih RM5 juta untuk membaik pulih kemudahan yang ada di semua pusat pemulihan. Ia termasuk menyediaka­n peralatan yang mencukupi untuk membantu tenaga pengajar dan staf, selain menyediaka­n ubatubatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia