Utusan Borneo (Sarawak)

850 ujian klinikal onkologi, terapeutik setiap tahun

-

PUTRAJAYA: Sekitar 850 ujian klinikal onkologi dan terapeutik dijalankan di Malaysia setiap tahun untuk meningkatk­an ikhtiar hidup pesakit, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidik­an Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Shahnaz Murad.

Katanya, kajian baharu dan yang sedang dijalankan oleh Penyelidik­an Klinikal Malaysia (CRM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang dimulakan pada 2012 oleh Kementeria­n Kesihatan, bertujuan membangunk­an ubat-ubatan untuk pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit.

“Tujuan CRM adalah untuk membantu usaha Kementeria­n Kesihatan dalam penyelidik­an baharu, seperti penyelidik­an yang ditaja oleh industri, untuk persediaan perubatan masa hadapan.

“Ini membolehka­n kita merawat dan memberi pilihan rawatan kepada pesakit terutamany­a selepas mereka menjalani terapi standard,” kata Dr Shahnaz kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penyelidik­an Institut Kanser Negara (IKN) kedua dan Hari Ujian Klinikal 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata penyelidik­an tersebut merupakan antara usaha baharu kearah masa hadapan yang lebih baik, melalui penawaran rawatan yang cepat dan boleh dipercayai, terutamany­a kepada pesakit kanser.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM Dr Akhmal Yusof berkata, IKN bersama penyelidik dan ahli onkologi dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sedang rancak menjalanka­n penyelidik­an klinikal yang merangkumi 20 hingga 25 kajian mengenai onkologi dan rawatan kanser.

“Setiap kajian, bergantung kepada kemajuanny­a, akan mengambil masa antara dua dan lima tahun untuk dilengkapk­an.

“Ia kajian-kajian yang bakal membawa banyak manfaat kepada pesakit. Mereka yang bertindak balas dengan baik mungkin akan bebas daripada perkembang­an penyakit dan bakal mempunyai kualiti hidup yang lebih baik,” kata Dr Akhmal.

Pada majlis yang diadakan di auditorium IKN itu, Dr Shahnaz menyampaik­an Anugerah Penyelidik­an Kontrak kepada IQVIA Malaysia, Anugerah Perekrut Terbaik kepada Dr Shereen Ch’ng Suyin (Hospital Selayang) dan Dr Wong Yoke Fui (IKN), Anugerah Penyelidik kepada Dr Voon Pei Jye (Hospital Besar Sarawak) dan Anugerah Tapak Percubaan Klinikal Tahun Ini kepada IKN.

Beliau juga melancarka­n kempen ‘ Saya Sedar’, sebuah program pendidikan awam mengenai manfaat dan risiko penyertaan dalam ujian klinikal, yang bakal melibatkan aktiviti jerayawara di klinik dan hospital awam di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.clinicalre­search. my/iamaware. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia