Utusan Borneo (Sarawak)

JIM selamatkan 65 warga Bangladesh

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamat­kan 65 warga Bangladesh yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia sebuah syarikat pembekal pekerja asing di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata kesemua warga Bangladesh itu ditemui di asrama syarikat itu.

“Siasatan awal mendapati pekerja ini berkemungk­inan besar dimanipula­si syarikat itu. Mereka tidak dibayar gaji tiga hingga lima bulan sebaliknya syarikat itu memberi pinjaman RM300 hingga RM500 kepada pekerja berkenaan,” katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Mustafar berkata JIM juga menahan dua Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu, masing- masing seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 51 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Selain itu, beliau berkata pasukan penguatkua­sa JIM juga merampas sejumlah 377 naskah pasport termasuk 361 pasport Bangladesh, 15 Indonesia dan satu (Nepal), 61 jenis dokumen seperti kontrak, baucar bayaran, rekod urusan dengan KDN yang berkaitan dengan kes.

Mustafar berkata siasatan juga mendapati syarikat pembekal pekerja asing itu memalsukan surat kelulusan kuota pekerja asing Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) untuk kelulusan kuota pekerja asing.

Selain itu, syarikat berkenaan didapati mengemukak­an maklumat palsu kepada KDN dan JIM untuk memperoleh­i Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007.

Sementara itu, Mustafar berkata JIM menahan 9,157 pekerja asing tanpa izin, termasuk 174 kanak-kanak dan 257 majikan dalam Ops Mega 3.0.

Beliau berkata operasi yang bermula 1 Julai sehingga semalam telah melakukan 2,873 operasi di seluruh negara dan memeriksa 33,719 pekerja asing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Mustafar menunjukka­n pasport yang dirampas pada sidang media mengenai operasi ke atas syarikat pembekal pekerja asing dalam Ops Mega 3.0, kelmarin.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Mustafar menunjukka­n pasport yang dirampas pada sidang media mengenai operasi ke atas syarikat pembekal pekerja asing dalam Ops Mega 3.0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia