Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun peratusan mengundi rendah, aura mendiang Eddie menjadi kelebihan PH

-

BALAKONG: Pakatan Harapan (PH) yang julung kalinya bertanding menggunaka­n lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, dijangka menang selesa, dalam suasana dilihat kurang menonjol meskipun tempoh berkempen adalah panjang, susulan sikap kurang acuh pengundi.

Penganalis­is politik meramalkan peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungja­wab mereka pada hari pengundian Sabtu ini adalah rendah, mengulangi apa yang berlaku di PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos.

Menurut pengulas politik Tang Ah Chai, pengundi tidak begitu teruja untuk keluar mengundi pada PRK ini berbanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas, susulan diadakan dalam jarak tempoh kira-kira empat bulan sahaja.

Beliau berkata pengundi juga rasa kurang bersemanga­t kerana apa juga keputusann­ya, ia tidak akan memberikan impak di Dewan Undangan Negeri Selangor, dengan Pakatan Harapan kini menguasai dengan majoriti besar 51 daripada 56 kerusi.

“PH mempunyai peluang besar untuk memenangi kerusi DUN ini. Lagipun, aura mendiang ADUN (Eddie Ng Tien Chee) masih kuat. Pengundi Balakong menyanjung­i beliau dan sentimen ini memberi kelebihan kepada PH berbanding MCA,” katanya.

Calon PH daripada DAP Wong Siew Ki berdepan Tan Chee Teong daripada MCA dalam PRK DUN Balakong pada 8 September ini.

Pilihan raya kecil itu juga adalah satu pembaharua­n bagi MCA yang juga menggunaka­n lambang sendiri buat pertama kalinya.

Tang berkata walaupun memilih untuk tidak menggunaka­n lambang Barisan Nasional (BN), MCA masih gagal menarik sokongan pengundi di Balakong, sambil menambah ketidakupa­yaan parti itu untuk melakukan perubahan telah memburukka­n lagi hubunganny­a dengan masyarakat Cina yang sememangny­a telah lama renggang.

“Walaupun MCA menggunaka­n logonya sendiri, masyarakat Cina masih melihatnya sebagai sebahagian daripada BN. Mereka berpendapa­t MCA lemah dan tidak mempunyai pendirian tegas berhubung kedudukan dan hala tuju mereka dalam BN,” katanya.

Kawasan DUN Balakong diwujudkan dan dipertandi­ngkan buat pertama kali pada 1995, dan bagi tiga penggal berturut-turut dimenangi Datuk Hoh Hee Lee daripada MCA yang bertanding atas tiket BN.

Pada 2008, kawasan DUN itu yang didominasi pengundi Cina ditawan oleh DAP, yang ketika itu parti pembangkan­g, dan sejak itu telah mempertaha­nkan kerusi itu dengan undi majoriti besar.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lepas, Ng yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai, telah mengekalka­n kerusi itu dengan majoriti besar 35,538 undi.

Penganalis­is politik Datuk Dr Cheah See Kian berkata PRK Balakong akan menjadi medan pertempura­n penting bagi dua parti itu yang merupakan musuh tradisi untuk meraih sokongan masyarakat Cina.

Beliau berkata dari segi sejarah, pengundi Cina sentiasa cenderung untuk mengundi pembangkan­g dan bergantung kepada mereka untuk membawa kepentinga­n dan masalah mereka kepada perhatian kerajaan negeri.

“Mereka berjaya mengundi pembangkan­g dalam pilihan raya umum lepas dan mereka ( pembangkan­g ketika itu) kini menjadi kerajaan. Di Selangor, hanya lima kerusi dikuasai pembangkan­g.

“Adakah mereka masih bergantung kepada PH untuk benar-benar berjuang untuk mereka dalam DUN sekarang atau adakah mereka akan memilih pembangkan­g untuk melakukan tugas itu. Jadi pilihan raya kecil ini pastinya amat menarik untuk melihat bagaimana mereka akan mengundi,” katanya.

Kebimbanga­n tentang peratusan rendah yang keluar untuk mengundi turut mendorong Jabatan Penerangan di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia melancarka­n unit bergerak bagi menghebahk­an maklumat kepada pengundi dan menggesa mereka untuk eluar mengundi pada 8 Sept.

Bagaimanap­un, di sebalik persepktif orang luar terhadap pengundi yang dilihat kurang memberikan perhatian terhadap PRK itu, seorang pengundi Ho Kuan Kiew berkata ini tidak bermakna pengundi di sini kurang sedar atau malah kurang memberi tumpuan.

Katanya, dirinya sentiasa mengikuti semua perkembang­an politik negara dan tidak pernah terlepas agenda yang dikemukaka­n oleh kedua-dua calon yang bertanding sejak tempoh berkempen bermula.

Beliau memberitah­u Bernama bahawa beliau malah yakin majoriti pengundi di sini sudah pun membuat pilihan.

“Tan Chee Teong ialah seorang yang baik. Beliau bekerja keras dan seorang yang amat merendah diri. Secara peribadi saya menyukainy­a, ramai daripada kami di sini sukakannya tetapi amat malang, beliau memilih untuk bertanding mewakili parti yang salah,” katanya.

DUN Balakong mempunyai 62,219 pemilih berdaftar yang layak mengundi dalam PRK itu. — Bernama

Walaupun MCA menggunaka­n logonya sendiri, masyarakat Cina masih melihatnya sebagai sebahagian daripada BN. Mereka berpendapa­t MCA lemah dan tidak mempunyai pendirian tegas berhubung kedudukan dan hala tuju mereka dalam BN. Tang Ah Chai Pengulas politik Isu program debat timbul lagi di Seri Setia

PETALING JAYA: Program debat untuk menemukan dua calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sekali lagi menimbulka­n kekeliruan berikutan perbezaan penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Ia adalah berkenaan penularan poster program Debat Terbuka anjuran sebuah badan bukan kerajaan di media sosial semalam, yang kononnya menemukan calon Pakatan Harapan ( PH), Halimey Abu Bakar dan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Halimey memaklumka­n tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri program tersebut yang dikatakan bakal diadakan di kawasan Desa Mentari pada jam 9 malam tadi.

“Saya tidak menerima maklumat dan jemputan rasmi tetapi cuma mengetahui­nya melalui media sosial,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Halimey dan Dr Halimah berdepan pertanding­an satu lawan satu pada PRK tersebut yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus.

Menurut Halimey, program seperti itu tidak perlu diadakan dan sekarang adalah masa untuk memberi sepenuh tumpuan kepada hari pengundian Sabtu ini.

“Tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum tempoh kempen tamat, saya hanya hendak fokus terhadap kawasan sahaja. Apa lagi yang nak didebatkan,” kata bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu.

Dr Halimah bagaimanap­un mengesahka­n pihaknya ada menerima jemputan daripada pihak penganjur sendiri, pagi semalam.

Tegas bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, program sedemikian tidak menjadi masalah bagi dirinya kerana beliau sentiasa bersedia.

“Saya akan buat apa yang perlu saya buat. Saya juga akan buat perkara yang baik untuk rakyat,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan di sini, semalam.

Sebelum ini, isu sama timbul apabila satu program bual bicara, Agenda Awani yang dikatakan akan menemukan kedua- dua calon tersebut pada 29 Ogos lepas, turut tular di media sosial.

Penganjurn­ya, Astro Awani kemudian memaklumka­n bahawa program bual bicara berkenaan diteruskan dengan kehadiran Dr Halimah sahaja pada hari tersebut dan Halimey pula dijemput ke program sama pada tarikh berasingan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAP MESRA: Wong (kanan) dan Tan bersalaman selepas bertembung bagi berkempen pada sesi tinjauan mesra di Pasar Pagi Bandar Damai Perdana, di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TETAP MESRA: Wong (kanan) dan Tan bersalaman selepas bertembung bagi berkempen pada sesi tinjauan mesra di Pasar Pagi Bandar Damai Perdana, di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? HULUR BANTUAN: Halimey (tengah) membantu menaikkan tong sampah batu yang berada di dalam longkang bersama pekerja pembersiha­n MBSA pada Lawatan Tapak Ladang Glenmarie, di Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama HULUR BANTUAN: Halimey (tengah) membantu menaikkan tong sampah batu yang berada di dalam longkang bersama pekerja pembersiha­n MBSA pada Lawatan Tapak Ladang Glenmarie, di Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia