Utusan Borneo (Sarawak)

PH dakwa MCA ‘pengkhiana­t’ kepada pengundi Balakong

-

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) menyifatka­n MCA sebagai ‘pengkhiana­t’ kepada pengundi bukan Islam di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Balakong, apabila parti itu terang- terangan mengadakan kerjasama dengan PAS yang dilihat berhasrat mewujudkan kerajaan Islam teokratik di negara ini.

Pengerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong, Ean Yong Hian Wah berkata, kerjasama itu sekaligus membuktika­n dakwaan MCA bahawa parti terbabit menolak hasrat PAS itu, merupakan satu pembohonga­n.

“Malam tadi ( kelmarin) Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berucap di pentas MCA untuk menyokong calon MCA, Tan Chee Teong. Ini jelas menunjukka­n MCA sudah kerjasama dengan PAS.

“Jadi apa yang dikatakan MCA bahawa mereka menolak hasrat PAS yang mahu mewujudkan sebuah negara teokratik, adalah satu pembohonga­n,” katanya kepada pemberita di lobi DUN Selangor di sini, semalam.

Sehubungan itu Hian Wah mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalanny­a, Datuk Seri Wee Ka Siong tampil memberi penjelasan kepada pengundi di kawasan DUN Balakong.

Kelmarin, buat pertama kali pemimpin tertinggi PAS hadir pada kempen ceramah MCA bagi PRK DUN Balakong, di Taman Tun Perak, Balakong.

Pada majlis itu juga Takiyuddin berkata, PAS akan menyokong MCA di Balakong serta membantu kempen atas semangat perpaduan pembangkan­g.

Sementara itu, Ean turut mendesak Parti Amanah Negara(AMANAH)menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaa­n hukuman sebat terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Isnin lepas.

Beliau berkata secara periba- di pihaknya tidak menyokong hukuman itu yang dilihat tidak bertimbang rasa.

“Namun kenyataan anggota DUN Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud (dari AMANAH) dilihat seolaholah menyokong tindakan itu dan saya rasa beliau perlu bagi penjelasan kepada rakyat.

“Saya juga harap parti AMANAH turut mengeluark­an satu kenyataan tentang apa yang dikatakan oleh Siti Mariah itu kerana ia bercanggah dengan prinsip dan semangat PH,” katanya.

Isnin lepas, dua wanita itu menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam kereta pada April lalu.

Siti Mariah yang juga Ketua Angkatan Wanita AMANAH, membidas sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang mengkritik pelaksanaa­n hukuman sebat terhadap pasangan lesbian di Terengganu itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia