Utusan Borneo (Sarawak)

Hebahan tarikh mengundi tanggungja­wab semua pihak

-

PETALING JAYA: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menyifatka­n pemikiran pihak lawannya masih di takuk lama berikutan sentiasa menggunaka­n faktor ‘anak tempatan’ untuk meraih undi.

Beliau berkata kawasan DUN Seri Setia adalah sebuah bandar yang maju dan kebanyakan pemilih berdaftar di kawasan itu sudah semakin bijak membuat keputusan.

“Lahir di sini ataupun tidak, ini adalah isu pemikiran yang lama, kita (masyarakat) sudah melalui anjakan para- digma.

“Hujahan beliau (calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar) seolah-olah tidak mengikut keadaan kontempora­ri,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, di sini, semalam.

Bekas anggota Exco kerajaan Selangor itu berkata, kelebihan Halimey sebagai pengundi di DUN tersebut adalah sekadar menambah satu undi bagi dirinya (Halimey).

“Halimey akan mengundi Halimey manakala (Dr) Hali- mah tidak akan mengundi (Dr) Halimah,” kata calon PAS itu.

Terdahulu, dalam sidang media hariannya, Halimey yakin faktor sebagai anak tempatan di Seri Setia serta bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya memberi kelebihan kepada beliau untuk menjadi pilihan pengundi pada Sabtu ini.

Dr Halimah bakal berdepan Halimey pada PRK itu yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. — Bernama BALAKONG: Hebahan tarikh sesuatu pilihan raya menjadi tanggungja­wab setiap pihak terlibat termasuk calon bertanding dan media, bukan hanya terletak ke atas sesebuah agensi kerajaan, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan masing- masing bagi meningkatk­an kadar peratusan pengundi pada hari mengundi dan menggunaka­n tempoh berkempen sebaiknya.

“Saya tak nak beri ‘weightage’ peranan siapa lebih berat, tetapi masing-masing ada tanggungja­wab, hebahan walaupun sudah dibuat ia perlu diulang acap kali.

“Kita perlu ambil iktibar apa yang terjadi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Kandis baru- baru ini di mana peratusan keluar mengundi tak sampai 50 peratus,” katanya kepada Bernama selepas meninjau Pusat Media PRK DUN Balakong yang disediakan Jabatan Penerangan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki pada PRK berkenaan kelmarin bahawa masih ramai dalam kalangan penduduk Balakong yang tidak sedar mengenai tarikh pilihan raya kecil berkenaan, Sabtu ini.

Ibrahim menjelaska­n, Jabatan Penerangan dalam hal ini telah menjalanka­n peranannya sepertiman­a pada kesemua pilihan raya yang telah dilaksanak­an sebelum ini.

Malah, katanya, pihaknya menyediaka­n dua buah unit bergerak masing- masing bagi PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia yang berlangsun­g serentak bagi menghebahk­an maklumat mengenai PRK berkenaan kepada pengundi.

Beliau turut meminta setiap calon untuk melipatgan­dakan usaha masing-masing dalam mempromosi­kan tarikh pilihan raya, supaya unjuran peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya dapat dicapai. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MARI MENGUNDI: Petugas Jabatan Penerangan Harikrishn­an (kiri) bersama rakannya Abdul Raof Othman membuat hebahan di PPR Lembah Subang di Petaling Jaya semalam bagi menggalak penduduk keluar mengundi pada PRK DUN Seri Setia pada Sabtu ini.
— Gambar Bernama MARI MENGUNDI: Petugas Jabatan Penerangan Harikrishn­an (kiri) bersama rakannya Abdul Raof Othman membuat hebahan di PPR Lembah Subang di Petaling Jaya semalam bagi menggalak penduduk keluar mengundi pada PRK DUN Seri Setia pada Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia