Utusan Borneo (Sarawak)

Shaw bersedia mencapai potensi sebenar, dipanggil kembali sertai The Three Lions

-

BURTON- ON- TRENT, England: Luke Shaw menimbangk­an untuk bersara sebagai pemain selepas kecederaan serius yang hampir menyaksika­n kaki kanan beliau dipotong tiga tahun yang lalu tetapi pemain pertahanan kiri kelab Manchester United itu percaya beliau akhirnya cergas sepenuhnya dan bersedia untuk mencapai potensi sebenar selepas dipanggil ke dalam skuad kebangsaan England.

Shaw adalah pemain remaja paling mahal di dunia apabila berpindah ke United dari Southampto­n untuk laporan sekitar 27 juta pound pada 2014, beberapa minggu selepas mewakili England di Piala Dunia 2014 di Brazil.

Selepas satu musim yang sukar di Old Trafford, beliau beraksi dengan cemerlang pada beberapa minggu pertama musim 2015/2016 sebelum mengalami kecederaan patah kaki akibat terjahan keras pemain PSV, Hector Moreno dalam aksi Liga Juara-Juara.

Shaw hanya beraksi tujuh minit pada perlawanan antarabang­sa dalam tempoh tiga tahun sejak bergelut memburu tempat dalam kesebelasa­n utama United sehingga awal musim ini.

Tetapi ia mungkin lebih teruk jika tidak kerana pembedahan kecemasan sebelum diterbangk­an segera dari Belanda selepas kecederaan patah kaki.

“Saya hampir kehilangan kaki saya. Saya tidak pernah tahu mengenainy­a sehingga enam bulan kemudian apabila doktor memberitah­u saya,” kata Shaw Selasa lepas.

“Ketika itu, saya hanya berfikir tentang terbang pulang dan jika saya terus terbang pulang, maka saya mungkin akan kehilangan kaki saya kerana darah beku dan sebagainya di kaki saya.

“Saya mempunyai dua parut di tepi kaki saya di mana mereka (doktor) melakukan pembedahan untuk membuang darah beku.”

Satu tempoh pemulihan yang panjang menyusul tetapi walaupun selepas kembali ke padang, Shaw bergelut dengan tahap kecergasan dan prestasi sepanjang dua musim dan pernah menjadi kritikan utama pengurus United, Jose Mourinho.

Kerana itu, beliau sekali lagi menjadi ‘ penyokong’ England yang melangkah ke peringkat separuh akhir di Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Ia menjadikan saya lebih bersemanga­t. Piala Dunia adalah peringkat terbesar untuk mana-mana pemain bola sepak. Ia menarik untuk melihat bagaimana bagus pasukan beraksi di Rusia tetapi ia juga mengecewak­an kerana tidak bersama-sama mereka,” tambah beliau. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PRESTASI MENINGKAT: Shaw (kanan) menerima tentangan sengit daripada pemain tengah Tottenham Hotspur, Lucas Moura (tengah) ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi liga di Old Trafford, Manchester pada 27 Ogos lepas.
— Gambar Reuters PRESTASI MENINGKAT: Shaw (kanan) menerima tentangan sengit daripada pemain tengah Tottenham Hotspur, Lucas Moura (tengah) ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi liga di Old Trafford, Manchester pada 27 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia