Utusan Borneo (Sarawak)

Cedera: Lallana terpaksa tarik diri

-

LONDON, England: Adam Lallana terpaksa menarik diri dari skuad England menjelang perlawanan menentang Sepanyol dan Switzerlan­d selepas pemain tengah kelab Liverpool itu mengalami kecederaan di pangkal paha.

Lallana telah dipanggil untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) menentang Sepanyol di Wembley Sabtu ini dan juga perlawanan persahabat­an menentang Switzerlan­d di Leicester pada hari Selasa.

Tetapi Lallana mengalami kecederaan semasa sesi latihan pertama di kem latihan pusat England di St George’s Park dan terpaksa kembali semula ke Liverpool untuk pemeriksaa­n lanjut.

Ia adalah kecederaan terbaharu kepada pemain berusia 30 tahun itu, yang tidak beraksi di Piala Dunia 2018 kerana tahap kecergasan­nya.

Lallana berada di bangku simpanan pada empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool musim ini, dengan hanya satu penampilan lewat sebagai pemain gantian ketika menentang Crystal Palace.

“Adam Lallana sudah kembali ke kelabnya untuk pemeriksaa­n lanjut kecederaan pangkal paha,” kata satu kenyataan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.

“Pemain Liverpool ini dikeluarka­n dari sesi latihan awal petang ini (Selasa) dan tidak akan terlibat pada perlawanan England menentang Sepanyol dan Switzerlan­d.”

Kecederaan Lallana hadir selepas pemain sayap, Raheem Sterling menarik diri dari skuad England pada hari Isnin kerana kecederaan di bahagian belakang.

Bagaimanap­un, jurulatih England, Gareth Southgate memilih untuk memanggil penjaga gol keempat, Marcus Bettinelli berbanding memperkuat­kan semula jentera seranganny­a dengan ketiadaan Sterling.

Bettinelli, 26, hanya membuat dua penampilan dalam Liga Perdana sepanjang kariernya di Fulham – menentang Burnley dan Brighton. — AFP

 ??  ?? LALLANA
LALLANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia