Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerman meletak jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Colombia

-

BOGOTA, Colombia: Jurulatih Jose Pekerman meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Colombia Selasa lepas, kurang dari dua bulan selepas membimbing Colombia ke pusingan kedua di Piala Dunia 2018 Rusia.

Jurulatih berusia 69 tahun itu memegang tugas sejak 2012 dan membawa Colombia ke dua penampilan Piala Dunia secara berturut-turut.

Gol Yerry Mina pada minit kecederaan membolehka­n Colombia mengikat England 1-1 di pusingan kedua kejohanan tetapi tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Presiden Persekutua­n Bola Sepak Colombia (CFF), Ramon Jesurun, memuji tempoh ‘cemerlang’ Pekerman sepanjang membimbing pasukan.

Beliau menafikan laporan media di mana ada perbalahan tentang isu pembayaran gaji dengan berkata Pekerman meletak jawatan atas “sebab peribadi”.

Kontrak Pekerman berakhir pada 31 Ogos lepas dan media tempatan membuat spekulasi di mana satu lanjutan kontrak terbantut oleh kegagalan mencapai persetujua­n terma gaji baharu dan juga tuntutan dari persekutua­n di mana ejen Pekerman tidak terlibat dengan pasukan kebangsaan.

Dalam sidang media, Pekerman mengkritik media kerana “menyebabka­n banyak kerosakan kepada pasukan kebangsaan”, dengan khabar angin seperti itu.

“Anda tidak mendapat begitu banyak penipuan dan cakap merepek yang telah diperkatak­an di sini,” tambah beliau sambil menegaskan beliau tidak menerima sebarang tawaran dari kelab atau negara lain untuk menjadi jurulatih.

Di bawah kendalian Pekerman, Colombia menduduki pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia dengan melangkah ke suku akhir di Brazil empat tahun yang lalu, sebelum tewas kepada Brazil.

Mereka juga melangkah ke suku akhir kejohanan Copa Amerika 2015, selain menamatkan kejohanan yang sama di tangga ketiga pada 2016.

Pekerman pernah membimbing jurulatih di Piala Dunia 2006, di mana mereka tewas kepada Jerman di suku akhir.

Jurulatih veteran, Guus Hiddink, dibayangka­n sebagai pengganti bersamasam­a bekas jurulatih Iran dan Portugal, Carlos Queiroz dan Zlatko Dalic dari Croatia, yang membimbing Croatia ke final Piala Dunia 2018.

Colombia akan menentang Venezuela pada perlawanan persahabat­an Jumaat ini sebelum menentang Argentina pada minggu seterusnya dengan kedua-dua perlawanan dilangsung­kan di Amerika Syarikat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia