Utusan Borneo (Sarawak)

Del Potro ke separuh akhir, lebur impian Isner jadi pemain tuah rumah pertama menjuarai Terbuka AS

-

NEWYORK,AmerikaSya­rikat (AS): Juan Martin del Potromelan­gkahkeperi­ngkat separuh akhir Terbuka AS buat kali ketiga Selasa lepas setelah menewaskan pemain tuan rumah, John Isner 6-7(5/7), 6-3, 7-6(7/4) dan 6-2 dan sekali gus menamatkan impian Isner menjadi pemain tuan rumah pertama muncul juara kejohanan sejak 2003.

Del Potro, pilihan ketiga dari Argentina yang juga juara 2009, akan menentang Rafael Nadal, pemain nombor satu dunia yang juga juara bertahan kejohanan.

Del Potro tewas set pertama beliau pada kejohanan ini ketika berdepan Isner, pilihan ke-11, yang bermain buat kali pertama di suku akhir pada satu kejohanan Grand Slam.

Walaupun begitu, beliau tidak pernah ketinggala­n walaupun Isner melakukan 26 pukulan servis kencang tetapi 52 kesilapan mudah berbanding hanya 14 dilakukan oleh Del Potro, menjejaska­n rentaknya.

“Untuk melangkah ke peringkat separuh akhir sekali lagi di sini, kejohanan kegemaran saya, adalah ses-

Untuk melangkah ke peringkat separuh akhir sekali lagi di sini, kejohanan kegemaran saya, adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi saya. Juan Martin del Potro Pemain pilihan ketiga kejohanan

uatu yang sangat istimewa bagi saya,” kata Del Potro selepas kemenangan kelapan dari 12 pertemuan menentang Isner.

Del Potro juga mengakui suhu mencecah 33 darjah terbukti satu cabaran sebenar dengan peraturan rehat 10 minit yang diperkenal­kan memberikan kelegaan selepas set ketiga.

“Saya sempat mandi, baring di atas meja dan seperti tidak mahu keluar (ke ge- langgang lagi). Ia terlalu panas untuk bermain tenis,” kata beliau dengan nada berseloroh.

Isner akan kembali segera ke Dallas di mana isterinya dijangka melahirkan anak pertama dalam dua minggu lagi.

Tetapi beliau memberikan pujian kepada Del Potro.

“Beliau mungkin bermain beberapa aksi terbaik ketika ini,” katanya.

Nadal gagal memenangi satu mata pun pada set pertama tetapi bangkit bergaya untuk menewaskan Dominic Thiem dari Austria 0-6, 6-4, 7-5, 6-7(7/4) dan 7-6(7/5) pada perlawanan yang berakhir pada jam 2 pagi waktu tempatan.

Nadal hanya menang 40 peratus dari pukulan servis pertamanya ketika bergelut cuaca panas di Stadium Arthur Ashe dengan Thiem menjadi pemain pertama menewaskan beliau tanpa sebarang mata pada satu set di sini sejak Andy Roddick melakukann­ya 14 tahun yang lalu.

“Ia pertarunga­n hebat,” kata Nadal yang jelas ke- letihan. “Keadaan sangat sukar sekali, sangat panas dan lembap bagi saya.”

Thiem, yang tewas kepada Nadal di final Terbuka Perancis tetapi menewaskan Nadal tiga kali dari 10 pertemuan terakhir, melakukan 74 pukulan kemenangan termasuk 24 dari pukulan backhandun­tukmemberi­tekanan ke atas Nadal. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMENANGAN HEBAT: Reaksi Nadal ketika meraih mata kemenangan pada perlawanan suku akhir Terbuka AS menentang Thiem di New York, Amerika Syarikat kelmarin. Gambar sisipan Del Potro.
— Gambar Bernama KEMENANGAN HEBAT: Reaksi Nadal ketika meraih mata kemenangan pada perlawanan suku akhir Terbuka AS menentang Thiem di New York, Amerika Syarikat kelmarin. Gambar sisipan Del Potro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia