Utusan Borneo (Sarawak)

Morata akui hampir berpindah selepas musim buruk di Chelsea

-

MADRID, Sepanyol: Alvaro Morata mengakui beliau ada menimbangk­an untuk meninggalk­an Chelsea selepas satu musim ‘bencana’ yang berakhir dengan kegagalan beliau untuk disenaraik­an ke dalam skuad Sepanyol ke Piala Dunia 2018.

Morata digugurkan dari skuad Sepanyol selepas hanya menjaringk­an tiga gol dari 23 perlawanan bersama Chelsea pada separuh kedua musim.

“Ya, saya menimbangk­an untuk kembali ke Sepanyol atau Itali tetapi anda tidak sentiasa dapat lari dari realiti,” kata Morata.

“Saya meninggalk­an Sepanyol untuk ke Piala Dunia tetapi malangnya ia tidak berlaku.”

Sejak itu, Luis Enrique mengambil alih tugas sebagai jurulatih dari Fernando Hierro, yang menjalanka­n tugas sementara ekoran pemecatan mengejut Julen Lopetegui sehari sebelum Piala Dunia 2018 sementara Maurizio Sarri telah menggantik­an Antonio Conte sebagai pengurus Chelsea pada bulan Julai.

Skuad pertama Enrique adalah termasuk memanggil semula Morata, yang beraksi dalam kesebelasa­n utama untuk empat perlawanan pertama Chelsea dalam liga.

“Tahun lepas saya bermula dengan baik tetapi berakhir dengan malapetaka,” kata Morata. “Saya pun tidak tahu bila saya mula tidak bermain.”

Ditanya bagaimana per- asaan beliau apabila tidak dipanggil untuk ke Piala Dunia, penyerang berusia 25 tahun itu berkata: “Saya fikir ‘bagaimana saya akan mengharung­i musim panas tanpa pergi ke Piala Dunia?’

“Ia saat yang sukar tetapi saya akan melakukan apa yang saya mampu untuk ke kejohanan seterusnya. Ia adalah tempoh sukar kerana saya menjangkak­an akan pergi.”

Morata hilang keyakinan dari Conte, yang menggunaka­n Eden Hazard sebagai penyerang tunggal dan juga lebih suka menurunkan Olivier Giroud pada akhir musim.

Sarri bagaimanap­un kelihatan menawarkan Morata permulaan baharu.

“Di kelab saya, cara bermain telah berubah dan ia sama dengan ketika saya bermain di Sepanyol, banyak hantaran, banyak penguasaan bola dan kebebasan untuk menyerang,” kata Morata.

Enrique sementara itu diberi tugas memulihkan reputasi Sepanyol yang dikejutkan di pusingan kedua oleh Rusia di Piala Dunia 2018.

Mereka akan menentang England di Wembley pada kejohanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) sebelum menanti kunjungan Croatia pada hari Selasa di Elche.

“Luis Enrique memberitah­u kami di mana beliau mahu Sepanyol mencapai kemenangan lagi dan mahu semua orang kenal siapa Sepanyol,” kata Morata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia