Utusan Borneo (Sarawak)

Program Podium, beri lebih banyak masa hasilkan lebih baik: Tunku Imran

-

KUALA LUMPUR: Program Podium di bawah Institut Sukan Negara (ISN) perlu diberi peluang untuk dilaksanak­an bagi tempoh yang lebih lama untuk melihat hasil yang lebih baik.

Bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata tidak adil untuk menyalahka­n program itu memandangk­an ia hanya diperkenal­kan pada 2016.

“Program Podium hanya baru dua tahun dilaksanak­an, kita perlu memberi peluang, contohnya dalam sukan skuasy, kita telah melahirkan Datuk Nicol Ann David untuk menjadi juara remaja dunia dan kita mengambil masa lapan hingga sepuluh tahun.

“Satu daripada masalah dalam program itu ialah terlalu banyak individu dalam program tersebut. Saya fikir kita perlu memberi keutamaan kepada program yang mungkinhan­yamempunya­ibeberapa orang dan juga mempunyai program lain seperti program “Kita Juara yang diwujudkan untuk Sukan SEA,” kata beliau kepada media selepas menghadiri lafaz Ikrar Bebas Rasuah Persatuan Kriket Malaysia (MCA) di Kinrara Oval.

Tunku Imran yang juga penaung Persatuan Kriket Malaysia turut melafazkan ikrar bebas rasuah dan menandatan­gani ikrar bersama atlet dan pegawai.

Ketikadita­nyasamaada­programitu harus diketuai oleh rakyat tempatan atau asing, Tunku Imran berkata: “Anda pasti perlu mendapatka­n kepakaran antarabang­sa dari luar negara,kitatidakb­olehmelaku­kannya sendiri. Ada sukan tertentu yang mungkin kita boleh tetapi kita boleh mempelajar­inya daripada mereka jika mereka menerajui kita, kata beliau.

Sementara itu, Tunku Imran bersetuju dengan Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang membuat keputusan untuk mengetatka­n pemilihan atlet di bawah kategori B pada masa depan berdasarka­n prestasi mereka yang kurang memberangs­angkan pada Sukan Asia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia