Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal Piala YB Mohd Razi pada 14-17 September ini

-

DEBAK: Peminat dan penggiat sukan futsal di negeri ini berpeluang menyertai kejohanan Futsal Piala YB Mohd Razi Sitam edisi kelima 2018 yang akan dilangsung­kan pada 14 hingga 17 September ini.

Jurucakap penganjur, Saiful Hanizam Suhaini memberitah­u penganjura­n kali ini terbuka kepada pasukan berminat dengan Riveria Sport Centre Debak sebagai venue utama pertanding­an.

“Penyertaan adalah terbuka kepada mana- mana pasukan di negeri ini ingin menyertai kejohanan ini yang menyasarka­n sebanyak 64 pasukan bagi merebut hadiah keseluruha­n wang tunai RM9,300.

“Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM200 untuk satu pasukan. Pada masa sama penganjur menyediaka­n jersi percuma sebanyak lapan helai setiap pasukan.

“Penganjur juga menawarkan hadiah lumayan di mana juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala dan plak.

“Naib juara menerima wang tunai RM2,500 berserta piala dan plak manakala tempat ketiga bersama meraih wang tunai RM1,000 berserta piala dan plak.

“Pasukan layak ke peringkat suku akhir tetapi tewas pada persaingan tersebut tidak pulang dengan tangan kosong mereka menerima wang tunai RM200 berserta plak.

“Penganjur juga menyediaka­n plak untuk Pemain Terbaik, Pasukan Fair Play, Pengurus Terbaik dan Penjaga gol Terbaik yang dinilai dari peringkat suku akhir.

“Tarikh tutup yang juga tempoh akhir pembayaran yuran ialah pada 10 September ini,” katanya.

Beliau menambah manamana pasukan yang telah dan akan menyertai untuk memberi saiz baju dan nombor pemain.

“Sekiranya penyertaan melebihi sasaran namun ada pasukan yang menangguh penyertaan maka slot akan diberi kepada pasukan menempah penyertaan terawal.

“Untuk makluman awal, sesi taklimat dan cabutan undi diadakan pada 12 September di Dewan Sekolah Kebangsaan ( SK) Datuk Bandar Debak, jam 2.30 petang,” katanya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi atau ‘ whatsapp’ kepada beliau di talian 0135781440.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia