Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Cabaran 2018, Sarawak terus kempunan kemenangan

-

KUCHING: Sarawak terus gagal untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala Cabaran 2018 apabila tewas 2-0 di tangan Negeri Sembilan pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Negeri, Petra Jaya malam kelmarin.

Dua gol pasukan pelawat terhasil di penghujung perlawanan menerusi Mohammad Faizal Abu Bakar minit ke-85 dan Muhammad Fakrul Aiman Sidid minit 92.

Ia merupakan kekalahan ketiga anak didik Ian Andrew Gillan selepas mengharung­i empat perlawanan setakat ini selain kekalahan kedua berturut-turut kepada Negeri Sembilan.

“Kita gagal untuk meman- faat peluang beraksi di laman sendiri dengan kekalahan 2-0 di tangan Negeri Sembilan malam kelmarin,” komen Pengurus Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed semalam.

Menurut Awang Mahyan, beliau akui kecewa dengan keputusan itu namun percaya pemain telah berusaha dengan sebaiknya untuk meraih kemenangan pertama.

Jelasnya, Sarawak berpeluang untuk mengatasi Negeri Sembilan jika mengambil kira beberapa peluang dimiliki Bobby Gonzales, Milos Raickovic dan Mohamad Dzulazlan Ibrahim.

“Jentera penyudah kita kurang berkesan walaupun mempunyai sekurang-kurang- nya tiga peluang terbaik untuk menjaringk­an gol.

“Namun, nasib nyata tidak memihak kepada kita untuk memenangi perlawanan ini sebaliknya berpihak kepada pihak lawan yang memperoleh gol menerusi serangan balas sahaja,” katanya lagi.

Perlawanan seterusnya Sarawak akan menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 11 September ini.

 ??  ?? SENGIT: Penyerang Sarawak, Abdul Rahim Abdul Razak (kanan) cuba melepasi pertahanan Negeri Sembilan dalam aksi Piala Cabaran di Stadium Negeri malam kelmarin.
SENGIT: Penyerang Sarawak, Abdul Rahim Abdul Razak (kanan) cuba melepasi pertahanan Negeri Sembilan dalam aksi Piala Cabaran di Stadium Negeri malam kelmarin.
 ??  ?? TAHNIAH: Drahman (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kejuaraan kepada regu BTW Yakin A sambil disaksikan Latif (tengah).
TAHNIAH: Drahman (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kejuaraan kepada regu BTW Yakin A sambil disaksikan Latif (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia