Utusan Borneo (Sarawak)

Posa taja jersi skuad futsal SUKMA Sarawak

-

BINTULU: Regu BTW Yakin A muncul juara Pertanding­an Sepak Takraw Merdeka Piala SABERKAS Jepak yang berlangsun­g tiga hari bermula 31 Ogos hingga 2 September di Arena Takraw Taman Riadah Jepak, Kampung Jepak di sini.

Kejuaraan itu membolehka­n regu itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat yang disampaika­n Penghulu Drahman Kawi.

Sebanyak 30 regu membabitka­n 150 pemain dan dibahagika­n kepada lapan kumpulan menyertai pertanding­an anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Jepak dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bintulu (PSTB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) tersebut.

Pengerusi SABERKAS Jepak merangkap Presiden PSTB Latif Upit berkata, pertanding­an itu diadakan untuk mencungkil bakatbakat baharu pemain dalam sukan sepak takraw, sekali gus memperkemb­ang sukan itu di kawasan tersebut khasnya dan Bintulu amnya.

Selain itu katanya, pertanding­an itu juga untuk meningkatk­an kemahiran pemain sepak takraw tempatan. KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Dato Posa Majais memberi tonik tambahan kepada persiapan futsal lelaki dan wanita SUKMA Sarawak melalui tajaan jersi kepada kedua pasukan tersebut.

Majlis penyerahan tajaan kepada kedua-dua pasukan terbabit berlangsun­g ringkas di pejabat Posa di sini, malam kelmarin.

Hadir menerima tajaan itu ialah pengurus pasukan futsal lelaki, Awang Abdul Rahman Awang Hamid, pengurus pasukan futsal wanita, Zaidi Pathi dan Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana.

“Pihak FAS berharap kedua-dua pasukan ini dapat membawa balik kejayaan membanggak­an buat Sarawak,” ujar Posa ringkas semalam.

Beliau juga berharap tajaan jersi itu dapat membangkit­kan semangat para pemain kedua pasukan itu untuk menampil persembaha­n cemerlang.

Acara futsal pada SUKMA XIX Perak bermula dari 9 hingga 19 September ini bertempat di Stadium Tertutup Manjung, Perak.

Pasukan futsal lelaki Sarawak diundi dalam Kumpulan C bersama Kedah dan Melaka.

Manakala, pasukan wanita diundi dalam Kumpulan A bersama Selangor, Perak dan Kedah.

 ??  ?? BUAT YANG TERBAIK: Posa ( kanan) menyerahka­n jersi rasmi kepada Zaidi sambil disaksikan Jefry (dua kanan) pada majlis ringkas kelmarin.
BUAT YANG TERBAIK: Posa ( kanan) menyerahka­n jersi rasmi kepada Zaidi sambil disaksikan Jefry (dua kanan) pada majlis ringkas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia