Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal tidak pakai topi keledar dilarang beli minyak di Dhaka

-

DHAKA: Penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar akan dilarang daripada membeli minyak di stesen minyak di ibu negara Bangladesh, Dhaka, kata polis.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan selepas bandar raya yang mempunyai hampir 20 juta penduduk itu digegarkan oleh protes yang marah mengenai keselamata­n jalan raya yang buruk pada bulan lepas.

“Pemilik pam petrol sudah dimaklumka­n untuk tidak menjual minyak kepada penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar,” kata Pesuruhjay­a Polis Metropolit­an Dhaka, Asaduzzama­n Mia, kelmarin.

Beliau menambah, maksimum dua orang dibenarkan menaiki sebuah motosikal dan penumpang mesti juga memakai topi keledar.

Protes di seluruh Dhaka dan bandar lain pada Ogos lalu menyaksika­n puluhan ribu pelajar remaja sekolah menyekat lebuh raya untuk menuntut keselamata­n jalan raya yang lebih baik dalam rangkaian pengangkut­an yang huru-hara dan penuh dengan rasuah di Bangladesh, selepas sebuah bas laju membunuh dua pejalan kaki remaja.

Ekoran protes itu, kabinet Perdana Menteri Sheikh Hasina meluluskan undangunda­ng pengangkut­an baharu yang melaksanak­an hukuman lebih berat ke atas pesalah.

Lebuh raya di Bangladesh merupakan antara yang paling berbahaya di rantau berkenaan dengan kira-kira 12,000 orang maut dalam nahas jalan raya setiap tahun, menurut sebuah kumpulan swasta yang memantau kemalangan.

Di Dhaka, seperti di tempat lain di Asia, lebih daripada dua orang yang menunggang sebuah motosikal atau moped adalah sesuatu yang biasa kelihatan. Banyak kali tiada seorang pun daripada mereka memakai topi keledar. — AFP SRINAGAR: Polis India telah menangkap seorang wanita dan empat orang lain selepas anak perempuan tirinya yang berusia sembilan tahun didakwa dirogol secara berkumpula­n, dibunuh dan ditetak, dalam jenayah dahsyat terbaharu yang mengejutka­n negara itu.

Mayat budak itu yang reput dijumpai disembunyi­kan kelmarin di belakang semak kira-kira satu kilometer dari kediamanny­a dalam daerah Baramulla di Kashmir yang ditadbir oleh India, kata polis.

Bapanya melaporkan kehilangan­nya 12 hari sebelum itu.

Polis berkata wanita terbabit, berusia 36 tahun, cemburu terhadap anak perempuan tirinya dan isteri kedua suaminya, dan pada 24 Ogos lalu membawa gadis itu ke sebuah kawasan hutan.

Di sana dia didakwa mengarahka­n anak lelakinya sendiri yang berusia 14 tahun dan dua rakan remajanya, berusia 14 dan 19 tahun, untuk bergilirgi­lir merogol budak itu.

Ibu tiri itu kemudian dituduh mencekik budak itu sementara anaknya memukul kepala budak itu dengan kapak.

Rakannya membawa asid bateri kenderaan dari rumah dan merenjisny­a pada mayat manakala seorang lagi rakan mencungkil matanya sebelum mereka membuang mayat itu di dalam semak.

Seorang lelaki berusia 28 tahun juga telah ditangkap berhubung kes itu.

Penguasa polis tempatan Superinten­den Imtiyaz Hussain memberitah­u AFP pesalah remaja terbabit mengakui melakukan jenayah itu dan secara berasingan menyokong fakta sewaktu disoal siasat.

“Mereka akan dihantar ke pusat juvana dan ditangani menurut undang- undang juvana negeri,” kata Hussain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia