Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat tergempar di Bangkok untuk tangkis wabak demam babi

-

BANGKOK: Satu mesyuarat tergempar untuk menangkis wabak demam babi Afrika (ASF) di seluruh Asia bermula di Bangkok semalam, selepas penakaian babi secara besar-besaran di China mencetuska­n kebimbanga­n mengenai pandemik yang berpotensi.

Mesyuarat selama tiga hari yang diketuai Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) itu menghimpun­kan pakar- pakar dalam penyakit haiwan selain dasar pertanian dari sembilan negara yang berjiran dengan China.

China, pengguna dan pengeluar daging babi terbesar di dunia, melaporkan kes pertamanya pada Ogos lalu di wilayah timur laut Liaoning.

Sejak itu penyakit itu sudah merebak ke selatan yang mendorong penakaian 38,000 babi.

ASF tidak menjejaska­n manusia tetapi menyebabka­n demam berdarah dalam babi dan babi hutan yang selalunya menyebabka­n kematian.

Penawar atau vaksin tidak ada, dan satu-satunya langkah pencegahan yang diketahui adalah penakaian besar-besaran ke atas haiwan ternakan yang dijangkiti penyakit itu.

“Ia amat penting bagi rantau ini untuk bersedia bagi kemungkina­n yang amat besar bahawa ASF dapat merentasi sempadan dan memasuki negara lain,” Wantanee Kalpravidh dari FAO menyebut dalam satu kenyataan.

“Itulah sebabnya kenapa mesyuarat tergempar ini telah diadakan – untuk menilai kedudukan kita sekarang dan menentukan bagaimana kita dapat bekerjasam­a dalam tindakan serantau yang bersepadu.”

Demam babi merebak menerusi sentuhan antara babi- babi yang dijangkiti, pacat atau haiwan liar lain dan dapat menyebabka­n kerosakan ekonomi yang amat besar kepada ladang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia