Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh wartawan Denmark rayu hukuman dikurangka­n

-

COPENHAGEN: Selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh wartawan Kim Wall di atas kapal selam buatannya sendiri pada Ogos 2017, pencipta Denmark Peter Madsen berharap untuk mengurangk­an hukuman penjaranya apabila kes rayuannya dibuka semalam.

Mahkamah Tinggi Copenhagen sudah menetapkan tiga hari untuk pendengara­n itu pada 5, 12 dan 14 September.

“Kes rayuan itu hanya mengenai hukuman. Perbicaraa­n itu tidak menangani persoalan tentang isu bersalah,” kata jurucakap Mahkamah Tinggi Karen Hald kepada AFP.

Madsen hanya merayu hukumannya sahaja, dan bukan keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh sebuah mahkamah daerah di Copenhagen pada 25 April lalu kerana membunuh Wall, 30, menetak mayatnya dan membuang bahagian mayatnya ke dalam laut pada tahun lepas.

Kes mengerikan itu menjadi berita utama di seluruh dunia, lebih mengejutka­n lagi kerana ia berlaku di salah sebuah negara paling selamat di dunia, menurut satu laporan daripada organisasi bebas Institut bagi Ekonomi dan Keamanan.

Pada 10 Ogos 2017, Wall menaiki kapal selam berkenaan bersama jurutera pelik yang belajar sendiri itu – separa selebriti di Denmark – untuk mewawancar­anya bagi satu rencana yang dia tulis.

Teman lelaki Wall melaporkan kehilangan­nya apabila dia tidak pulang ke rumah pada malam kejadian. Bahagian mayatnya yang ditetak kemudian dijumpai di dasar laut, di dalam beg plastik yang diikat dengan pemberat.

Madsen menyatakan sepanjang perbicaraa­n bahawa kematianny­a tidak disengajak­an.

Peguamnya menegaskan keputusann­ya untuk tidak merayu keputusan bersalah “ternyata tidak harus” ditafsirka­n sebagai pengakuan bersalah.

“Dia menyedari bahawa dia didapati bersalah dan dia perlu hidup dengan keputusan itu. Dia memutuskan untuk tidak menentangn­ya. Dia tidak ada tenaga yang diperlukan untuk itu,” kata Betina Hald Engmark kepada radio di Denmark, DR.

Hald Engmark berkata hukuman itu “tidak seimbang berbanding contoh undangunda­ng terdahulu”.

Maka itu ia akan menjadi isu utama untuk dipertimba­ngkan oleh tiga hakim mahkamah rayuan.

Di Denmark hanya seorang sahaja individu lain selain Madsen yang pernah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melakukan satu pembunuhan.

“Ia adalah luar biasa untuk dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Apa yang penting ( bagi mahkamah) ialah ia adalah jenayah yang telah disediakan dan dirancang,” kata pendakwa raya Jakob Buch-Jepsen ketika hukuman dijatuhkan pada April lalu.

Madsen menukar versi kejadian beberapa kali, tetapi pada akhirnya memberikan keterangan bahawa Wall mati apabila tekanan udara tibatiba turun dan asap toksik memenuhi kapal selamnya ketika dia berada di atas dek.

Walaupun ramai pakar memberikan keterangan, kes itu tidak ada bukti nyata dan keadaan mayat Wall yang reput menjadikan­nya mustahil untuk menentukan punca kematian sebenar.

Satu laporan bedah siasat merumuskan mangsa mungkin mati disebabkan kelemasan atau selepas lehernya dikelar.

Sebanyak 14 luka tikaman dan tebukan turut dijumpai di dalam dan sekitar kemaluanny­a.

Madsen mendakwa dia menikam mangsa kerana dia mahu menghalang gas daripada berkumpul di dalam perutnya untuk memastikan ia tidak tenggelam ke dasar laut.

Pakar psikiatri yang menilai Madsen – yang menggambar­kan diri kepada rakan-rakan sebagai “seorang psikopat, tetapi psikopat penyayang” – mendapati dia seorang “pembohong sakit” yang menimbulka­n “bahaya kepada orang lain” dan kemungkina­n besar akan mengulangi kesalahann­ya.

Hukuman penjara seumur hidup di Denmark pada purata adalah sekitar 16 tahun. Hanya 25 banduan di Denmark kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Selepas 12 tahun di dalam penjara, banduan dengan hukuman penjara seumur hidup dapat memohon untuk dibebaskan dengan parol, tetapi sistem keadilan dapat memutuskan untuk mengekalka­nnya di dalam penjara selagi dia dianggap bahaya kepada masyarakat.

Keputusan mahkamah rayuan dijangka diketahui pada 14 September. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KES BUNUH: Lukisan di dalam mahkamah oleh Anne Gyrite Schütt yang diserah oleh agensi berita Denmark Ritzau SCANPIX menunjukka­n Madsen (kanan) semasa perbicaraa­nnya di Copenhagen pada 25 April lalu.
— Gambar AFP KES BUNUH: Lukisan di dalam mahkamah oleh Anne Gyrite Schütt yang diserah oleh agensi berita Denmark Ritzau SCANPIX menunjukka­n Madsen (kanan) semasa perbicaraa­nnya di Copenhagen pada 25 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia