Utusan Borneo (Sarawak)

Firma China nyatakan minat berpindah ke Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Firma dari China menyatakan minat untuk berpindah ke Malaysia berikutan ketegangan perdaganga­n berterusan antara negara itu dan Amerika Syarikat.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Isham Ishak berkata, syarikat daripada industri keluli, solar dan pembuatan yang terjejas susulan pengenaan tambahan tarif disebabkan kemelut perdaganga­n itu, telah memaklumka­n minat berbuat demikian.

“Ekosistem kita yang tersedia dan sesuai untuk syarikat mereka telah mendorong hasrat mereka untuk beroperasi di negara ini. Lawatan Per- dana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) baru-baru ini juga berusaha untuk ini,” katanya kepada pemberita selepas majllis makan malam Merdeka 2018 oleh InvestKL di sini, malam kelmarin.

Setakat kelmarin, 70 syarikat multinasio­nal telah membuka hab serantau mereka di Malaysia dan menawarkan 6,000 pekerjaan berkemahir­an tinggi.

“Ia akan dilancarka­n oleh perdana menteri dan kita berharap mengikut rangka kerja ini, syarikat akan lebih berkeduduk­an baik untuk mula melaksanak­an Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Berdasarka­n Rancangan Malaysia Kesebelas, MITI mendapat peruntukan RM750 juta bagi tempoh lima tahun untuk automasi dan pemodenan, atau menerima peruntukan RM150 juta setiap tahun untuk menyokong usaha tersebut.

Peruntukan itu diuruskan oleh Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) untuk perusahaan kecil dan sederhana beralih kepada automasi.

“Setakat ini, maklum balas adalah baik. Aspek positif automasi adalah ia akan membantu mengurangk­an pelbagai masalah termasuk pekerja asing, yang kita akan kurangkan pergantung­an kepada mereka,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan semalam mengarahka­n syarikat- syarikat pembekal perkhidmat­an telekomuni­kasi kad prabayar supaya mengecuali­kan cukai perkhidmat­an kepada pelanggan warganegar­a Malaysia.

Menterinya Lim Guan Eng berkata, ia perlu bagi mengatasi masalah syarikatsy­arikat telekomuni­kasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomuni­kasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pe- langgan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pengecuali­an itu berdasarka­n kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmat­an 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 September 2018.

“Melalui pengecuali­an ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmat­an,” katanya.

Semua syarikat telekomuni­kasi perlu mengambil tindakan segera bagi mematuhi penetapan pengecuali­an cukai perkhidmat­an itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia