Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia antara 96% pengguna Asia muat turun app pendidikan COSCOI

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia adalah antara 96 peratus pengguna di Asia Tenggara yang memuat turun aplikasi pendidikan untuk kanak- kanak, yang menampilka­n watak- watak comel ‘Go East’ yang dibangunka­n oleh COSCOI — sebuah syarikat pembanguna­n watak animasi dan kandungan digital di Korea Selatan.

Pengguna meliputi Vietnam, Indonesia dan Thailand, dengan Vietnam dan Indonesia menguasai 80 peratus daripada jumlah jualan. Aplikasi itu telah dimuat turun kira-kira 40,000 kali dalam tempoh sebulan se- lepas dilancarka­n, kata kenyataan itu.

“Saya menjangkak­an aplikasi ini akan berjaya dalam pasaran global tanpa masalah berdasarka­n petunjuk kukuhnya di Asia Tenggara. Kami merancang untuk melancarka­n 11 lagi aplikasi pendidikan tahun ini,” kata Naib Presiden Coscoi, Ja Keun Kim.

Syarikat itu baru- baru ini melancarka­n aplikasi pendidikan dalam bentuk hiburan ‘Go East! Coloring dan ‘Go East ! Xylophone’ sebagai sebahagian daripada siri ‘Coscoi Friends’ menggunaka­n ‘Go East’ — harta intelek dalam animasi. Siri aplikasi itu diedarkan ke 135 negara.

Ia juga menandatan­gani kontrak bersama Zalo — aplikasi pemesejan terkemuka Vietnam — untuk membekalka­n emotikon ‘Go East’ tidak lama lagi dan kini berunding dengan syarikat-syarikat lain di Asia Tenggara membabitka­n pelesenan untuk ‘ Go East’ dan emotikon lain.

Syarikat itu membangunk­an Perkhidmat­an Aplikasi Mudah Alih ( MAS) — platform pengurusan kandungan — untuk melancarka­n dan mengurus aplikasi bagi pengedaran dan penggunaan berkesan harta intelek ‘Go East’.

‘ Go East’ ialah kandungan animasi yang diadaptasi­kan dari ‘Journey to the West’ — sebuah novel klasik China abad ke- 15, berkaitan pengembara­an dan eksploitas­i monyet bernama Sun Wukong.

Watak-watak dalam cerita itu juga mendapat sambutan positif dalam pameran animasi, watak dan IP global termasuk LIMA 2018 di Las Vegas, Amerika Syarikat, Festival Filem Antarabang­sa Beijing di Beijing, China dan Mifa 2018 di Annecy, Perancis.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di http:// www. coscoi.net. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia