Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat ASEAN perlukan 184 hari untuk mengesan pelanggara­n keselamata­n siber

-

KUALA LUMPUR: Syarikat- syarikat ASEAN memerlukan purata 184 hari sebelum mengesan pelanggara­n dalam sistem pengkomput­eran mereka, tempoh yang lebih lama daripada standard global, iaitu purata 99 hari.

Naib Presiden Trend Micro Asia Pacific, Timur Tengah dan Afrika, Dhanya Thakkar berkata, disebabkan kompromi dan pengesanan yang lambat ini, syarikat di rantau ini telah kerugian purata lebih daripada AS$ 4 juta dalam tempoh berkenaan.

“Kita perlu berusaha memperbaik­i keadaan ini. Pada masa ini, ancaman terbesar di dunia siber adalah kompromi e- mel perniagaan dan pelanggara­n data disebabkan kelemahan dalam sistem, seperti perisian hasad makro,” katanya pada sidang media mengenai trend keselamata­n di sini, semalam. Thakkar berkata, perisian hasad makro mengambil kesempatan daripada bahasa pengaturca­raan Microsoft Office untuk menyebarka­n virus, dan biasanya melepasi ciri keselamata­n asas.

Ia kini merupakan cara baru yang digunakan penggodam untuk memasuki sistem syarikat atau organisasi.

M e n u r u t s t a t i s t i k , Malaysia menyaksika­n 579 serangan siber pada separuh pertama 2018, menyumbang 11.2 peratus serangan di rantau Asia Tenggara.

Beliau juga berkata, terdapat kemungkina­n besar sistem pengkomput­eran telah dikompromi dan digunakan untuk melombong mata wang kripto, yang menyebabka­n prestasi komputer menjadi perlahan.

“Bukan sahaja prestasi komputer lembap, seluruh rangkaian data dilanggar yang boleh menyebabka­n data dicuri,” katanya.

Selain daripada kompromi e- mel, Thakkar juga berkata, Pencari Sumber Seragam ( URL) yang berniat jahat terus menjejaska­n pengguna di Malaysia.

“Antara negara di Asia Tenggara, Malaysia menjana lima juta klik pada URL berniat jahat, menduduki tempat ketiga di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Thakkar juga berkata, Malaysia masih belum bersedia untuk revolusi industri 4.0 ( IR4.0), terutama dari segi keselamata­n siber.

“Malaysia membelanja­kan 0.08 peratus daripada keluaran dalam negara kasar untuk tujuan keselamata­n siber. Ini masih tidak mencukupi berbanding negara lain yang telah melaksanak­an IR4.0 kerana revolusi tersebut lebih bergantung kepada teknologi dan automasi,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia