Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Negara kekalkan OPR pada 3.25 peratus

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) memutuskan untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus selepas mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) selama dua hari berakhir semalam.

Menurut BNM, pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar monetari adalah sejajar dengan pendirian dasar yang ditetapkan.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuha­n domestik dan inflasi,” menurut bank pusat dalam kenyataan semalam.

Mesyuarat MPC itu adalah kali kelima bagi tahun ini, dan kedua yang dipengerus­ikan oleh Gabenor BNM yang baharu dilantik, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

BNM akan mengadakan mesyuarat MPC seterusnya pada 8 Nov, 2018.

BNM berkata, bagi Malaysia, gangguan bekalan yang dihadapi sektor perlombong­an dan pertanian telah menyebabka­n pertumbuha­n ekonomi yang lebih sederhana pada suku kedua 2018.

Dari segi permintaan, pertumbuha­n terus disokong oleh kegiatan sektor swasta serta rangsangan tambahan daripada eksport bersih.

Pada masa akan datang, penggunaan swasta, yang telah dirangsang oleh lang- kah pelepasan cukai, akan terus didorong oleh kenaikan berterusan dalam upah dan guna tenaga.

“Aktiviti pelaburan dijangka didorong oleh pengembang­an berterusan kapasiti pengeluara­n dalam sektorsekt­or utama, khususnya industri berorienta­sikan eksport, didorong oleh permintaan yang menggalakk­an serta usaha meningkatk­an automasi.

“Perbelanja­an sektor awam, bagaimanap­un, dijangkaka­n memberikan kesan terhadap pertumbuha­n, sehubungan dengan langkah kerajaan untuk menyusun semula perbelanja­annya mengikut keutamaan,” menurut BNM.

Bank pusat berkata, sektor luaran akan terus mendapat manfaat daripada momentum pertumbuha­n global yang mampan.

Dalam masa terdekat, BNM berkata, ekonomi negara berdepan risiko pertumbuha­n yang lebih perlahan akibat ketegangan perdaganga­n yang semakin ketara, prestasi lemah sektor perlombong­an dan pertanian yang berlarutan serta ketidakpas­tian berhubung beberapa dasar dalam negara.

“Namun, secara keseluruha­n, ekonomi Malaysia diunjurkan terus berada pada landasan pertumbuha­n yang kukuh,” kata BNM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia