Utusan Borneo (Sarawak)

‘Trade Fest 2018’ bantu dekatkan eksport kepada masyarakat

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurk­an ‘Trade Fest 2018’ pada 21 hingga 23 September ini sebagai antara usaha untuk membudayak­an keusahawan­an global dalam kalangan rakyat Malaysia.

Acara yang julung kali diadakan itu adalah bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan MATRADE dan akan berlangsun­g di Menara MATRADE Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, objektif utama Trade Fest 2018 adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentinga­n perdaganga­n kepada negara dan rakyat Malaysia secara amnya.

“Trade Fest 2018 adalah satu platform untuk mengetenga­hkan potensi perniagaan rakyat Malaysia, tidak kira kecil atau besar, dalam aktiviti eksport.

“Dengan kemajuan teknologi digital masa kini, usahawan tempatan sudah boleh mengakses pasaran antarabang­sa dengan lebih mudah dan pada kos yang efektif.

“Negara memerlukan lebih ramai usahawan yang mampu bersaing di arena global dan aspirasi untuk usahawan ke pasaran global perlu bermula seawal penglibata­n usahawan dalam bidang perniagaan,” katanya kepada pemberita dalam sesi bersama media di sini kelmarin.

Katanya sebanyak 111 pempamer daripada pelbagai produk, perkhidmat­an dan selebriti tempatan akan mengambil bahagian dalam acara itu.

Trade Fest 2018 akan menghimpun­kan usahawan dari setiap lapisan masyarakat, vendor perniagaan, stokis, ejen dropship, usahawan dalam talian dan ramai lagi.

MATRADE menjangka 5,000 hingga 10,000 orang akan mengunjung­i acara itu dan ia akan dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking.

Selain karnival jualan, beberapa aktiviti seperti sesi perkongsia­n kejayaan dengan selebriti, sesi perkongsia­n kejayaan oleh syarikat Malaysia, peluang perjumpaan dengan penjual dan pembeli, sesi Trade Fest Business Talk, tutorial tatahias diri, program kesihatan seperti pemeriksaa­n mata dan derma darah, permainan untuk kanak-kanak dan trak makanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia