Utusan Borneo (Sarawak)

9,818 RMMJ gagal direalisas­i kerana pemaju, kerajaan Johor mengalami beberapa kekangan

-

JOHOR BAHRU: Sebanyak 9,818 daripada 13,536 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang disasarkan untuk siap pembinaann­ya pada tahun ini, tidak dapat direalisas­ikan kerana pemaju dan kerajaan negeri mengalami beberapa kekangan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahand­anPembangu­nan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata kekangan itu, antaranya pemaju berdepan masalah kewangan yang menyebabka­n projek lewat disiapkan.

“Sepatutnya projek siap pada 2018 tetapi disebabkan pemaju menghadapi masalah kewangan, maka, projek hanya boleh disiapkan pada tahun 2019 atau 2020.

Selain itu, terdapat perubahan kepada Kebenaran Merancang (KM) di mana jumlah komponen jenis rumah mampu milik yang akan dibina, akan berubah atau tidak dapat mengikut jumlah yang sepatutnya. Mengikut Dasar Perumahan Rakyat Johor (DPRJ), setiap rumah mampu milik yang tidak dibina, pihak pemaju akan dikenakan denda sebanyak RM40,000 seunit,” katanya kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terhadap isu dibangkitk­an Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah pada Isnin lepas yang mendesak kerajaan negeri agar menyatakan angka sebenar pembinaan baharu unit RMMJ yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sejak Jun tahun ini.

Desakan itu tercetus setelah kerajaan negeri memaklumka­n hanya 3,718 unit RMMJ dapat disiapkan pada 2018, walhal Pasukan Petugas Perumahan Negeri Johor sebelum itu sudah mengunjurk­an sebanyak 13,536 unit RMMJ dibina dalam tempoh berkenaan.

Mohd Hairi berkata perkembang­an itu, sekali gus menimbulka­n persoalan ke mana hilangnya baki sebanyak 9,818 lagi unit RMMJ yang tidak dinyatakan Kerajaan PH.

Dzulkefly berkata semenjak Jun lepas hingga ke hari ini, Kerajaan PH Johor telah meluluskan sebanyak 1,289 unit RMMJ untuk ditawarkan kepada rakyat.

Jumlah itu, katanya, merupakan projek yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM), Serah Balik Kurnia Semula (SBKS) serta pemaju telah memperoleh­i Lesen Iklan & Lesen Pemaju (APDL) serta telah mendaftark­an projek berkenaan dengan SUK (Perumahan). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading Ridzuan Hashim (dua kiri) dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razik (tengah) mendengar rintihan mangsa ribut Rosaidi Mat Noor, 53, (dua kiri) selepas bumbung rumahnya diterbangk­an ribut di Kampung Banggol Tok Esah, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading Ridzuan Hashim (dua kiri) dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razik (tengah) mendengar rintihan mangsa ribut Rosaidi Mat Noor, 53, (dua kiri) selepas bumbung rumahnya diterbangk­an ribut di Kampung Banggol Tok Esah, Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia