Utusan Borneo (Sarawak)

MDYP tidak bertolak ansur dengan penyewa punyai tunggakan sewa

-

BATU PAHAT: Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) tidak akan bertolak ansur dengan mana- mana peniaga yang menyewa premis pihaknya, tetapi tidak beroperasi dan memiliki tunggakan sewa.

Yang Dipertua MDYP Mohd Hafiz Aliman berkata dalam masa yang sama notis juga sudah dikeluarka­n kepada peniaga berkenaan berdasarka­n kesalahan yang dilakukan bagi mengosongk­an premis masing-masing.

Katanya, sehingga bulan lepas sebanyak 100 notis sudah dikeluarka­n, bagaimanap­un, sekiranya ada peniaga yang masih berminat untuk terus menyewa premis berkenaan, mereka boleh mengemukak­an rayuan dan perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan.

“Kita (MDYP) memberikan tempoh dua minggu kepada para peniaga ini dengan mengeluark­an notis pertama untuk mereka membuka premis masing-masing atau mengosongk­annya...dan kemudianny­a notis kedua juga akan dikeluarka­n selepas itu dengan peniaga diberikan masa dua minggu untuk tindakan selanjutny­a seperti membuat rayuan dan sebagainya.

“Kita dapati terdapatny­a dua kesalahan utama peniaga ini, selain tidak membuka premis ada, juga sebahagian­nya mempunyai tunggakan sewa. Kita perlu laksanakan tindakan ini dengan tegas kerana hanya akan memberikan peluang kepada mereka yang benar-benar ingin berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menaiki Bas Harapan Johor Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Chew Peck Choo, di sini semalam, yang turut dihadiri Eksekutif Operasi Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor (PAJ) Muhamad Raihan Samuri

Mohd Hafiz berkata pihaknya turut melaksanak­an tin- dakan berkenaan bagi mencapai sasaran pada tahun hadapan, menjadikan kawasan pentadbira­n MDYP akan menjadi satu kawasan yang ceria serta lokasi tumpuan para pengunjung.

Beliau berkata antaranya adalah kedai makan dan premis perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan serta barangan tertentu, sekali gus tidak dibiarkan kosong sebagaiman­a sekarang ini.

“Dalam masa sama, kita turut akan membuat pemulihan dan naik taraf beberapa kawasan seperti gerai makan, premis perniagaan dan juga stesen bas, seperti di Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong serta Sri Medan.

“Kita juga akan menjadikan setiap kawasan berkenaan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri agar menjadi kunjungan dan tumpuan orang ramai, sekali gus mengelakka­nnya daripada menjadi gajah putih,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia