Utusan Borneo (Sarawak)

Proses membaik pulih 2,600 rumah rakyat akan dibuat serta-merta

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah meluluskan bantuan segera berjumlah RM2.5 juta bagi membaik pulih 2,600 buah rumah rakyat yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Hanafiah Mat.

Beliau berkata peruntukan yang akan disalurkan menerusi Tabung Darul Iman itu diluluskan Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada mesyuarat kerajaan negeri semalam.

"Proses baik pulih akan dibuat serta-merta, kita juga sudah mengarahka­n Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengenal pasti rumah yang terjejas dan rumah berkenaan akan terus dibaiki sementara menunggu peruntukan itu disalurkan kepada mangsa yang terlibat.

“Kita berharap rakyat Terengganu yang terlibat dalam musibah ini dapat bersabar dengan dugaan Allah ini dan berdoa dan buat solat hajat agar negeri ini terhindar daripada bencana ribut ini sekali lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ribut yang melanda Kemaman hingga Setiu sejak sebulan lepas dan kejadian terbaharu kelmarin berpunca daripada peralihan musim monsun.

Berhubung kritikan netizen bahawa musibah ribut itu berpunca daripada kemarahan Tuhan akibat pelaksanaa­n hukuman sebat terhadap dua wanita ekoran kesalahan musahaqah atau hubungan sejenis yang dilakukan mereka, beliau berkata:

“Itu tidak betul kerana sebagai umat Islam kita percaya jika kita melakukan maksiat atau membiarkan ia berleluasa kita akan diberi balasan oleh Allah ini terbalik pula musibah itu dikatakan berlaku kerana kita telah menjalanka­n tanggungja­wab kita untuk mencegah maksiat (dengan pelaksanaa­n hukuman sebat itu), bagi saya itu satu pendapat orang yang tidak siuman”.

Sementara itu, ribut selama 10minityan­gmelandabe­berapa daerah di Kuala Terengganu kelmarin menyebabka­n 1,865 buah rumah mengalami kerosakan.

Pegawai Daerah Azmi Razik berkata ribut yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyebabka­n kerugian lebih RM1 juta.

Katanya, kawasan yang paling teruk terjejas ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam iaitu sebanyak 608 buah, DUN Buluh Gading (529 buah), DUN Batu Buruk (299 buah), DUN Ladang (160 buah), DUN Bukit Payong ( 100 buah), DUN Bandar (82 buah), DUN Manir (50 buah), DUN Alor Limbat (30 buah) dan DUN Bukit Tunggal (tujuh buah).

“Kita sudah memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membaik pulih rumah-rumah yang terlibat. kita dapati ada rumah kehilangan seluruh atap dan barangan lain yang melibatkan kerugian RM10,000 dan ada yang kurang dari RM1,000,” katanya ketika membuat tinjauan kawasan dilanda ribut di DUN Buluh Gading.

Azmi berkata kerja membaik pulih sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Kuala Terengganu dan penduduk kampung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPERIKSA: Aris (dua kiri) melawat kilang Super Food Marketing Sdn Bhd di Permas Jaya, Johor Bahru pada gerak gempur Ops Catut 5.0 di kilang itu semalam. Turut hadir Ketua Cawangan Pendaftara­n dan Penguatkus­aan Hasil Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) Kastam Johor Suwati Suratman (kiri).
— Gambar Bernama DIPERIKSA: Aris (dua kiri) melawat kilang Super Food Marketing Sdn Bhd di Permas Jaya, Johor Bahru pada gerak gempur Ops Catut 5.0 di kilang itu semalam. Turut hadir Ketua Cawangan Pendaftara­n dan Penguatkus­aan Hasil Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) Kastam Johor Suwati Suratman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia